Keluasan, keadaan geografi dan kepadatan penduduk negeri Sabah antara faktor mengapa negeri itu wajar mendapat pertambahan kerusi dalam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), demikian menurut beberapa wakil rakyat di Negeri Di Bawah Bayu.
Mereka berpendapat ada justifikasi supaya penambahan kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dilakukan bagi membolehkan rakyat mempunyai lebih ramai wakil dalam memperjuangkan nasib mereka serta memudahkan peruntukan disalurkan.
Menurut mereka, yang juga pemimpin parti-parti politik di Sabah, persempadanan semula bahagian pilihan raya ini diharap dapat menyaksikan pertambahan kawasan pilihan raya bagi membantu merancakkan proses pembangunan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi kawasan luar bandar.
Sabah ketika ini mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 Dewan Undangan Negeri.
Pada awal bulan ini, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa SPR dijangka mewartakan notis Kajian Semula Persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akhir tahun ini.
Persempadanan semula yang sepatutnya diadakan pada 2011, ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang diadakan pada 5 Mei 2013.
'Meningkatkan pembangunan di luar bandar'
Naib Presiden Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Dr Marcus Makin Mojigoh berkata sudah tiba masanya untuk persempadanan semula dilakukan ekoran pertambahan dan perubahan taburan penduduk serta bagi meningkatkan fokus pembangunan di luar bandar.
Anggota Parlimen Putatan itu berkata antara kawasan yang mana tambahan kerusi DUN perlu dipertimbangkan adalah di Kinabatangan dan Hulu Rejang atas faktor keluasan.
"Kawasan-kawasan luar bandar seperti ini perlu diberi fokus dan lebih peruntukan terutama sekali dalam tujuan menaik taraf insfrastruktur dan kemudahan asas, serta membaiki taraf ekonomi penduduknya... kita mahu lihat penduduk luar bandar maju bersama-sama dengan penduduk di kawasan bandar.
"Persempadanan semula di kawasan ini amat penting bagi memastikan pengagihan peruntukan yang cukup... kalau sekarang ini, dikhuatiri apabila negara mencapai Wawasan 2020, kawasan-kawasan ini akan masih tertinggal," kata Mojigoh, yang juga Bendahari UPKO kepada Bernama.
Beliau berkata dengan pertambahan kerusi, bahagian-bahagian pilihan raya yang dahulunya begitu luas dan menyukarkan wakil-wakil rakyat untuk berlaku adil dalam mendekati dan membantu rakyat, akan dapat diselaraskan dan menjadi lebih kecil dengan kadar pemilih yang munasabah.
Menerusi persempadanan semula juga, kawasan-kawasan pilihan raya yang kecil tetapi mempunyai bilangan pemilih yang ramai pula akan dapat dikurangkan, sekaligus memastikan pentadbiran sesebuah kawasan itu dijalankan dengan lebih efisien.
'Bukan untuk kepentingan politik'
Mojigoh menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tujuan persempadanan semula adalah bagi memanipulasi penentuan persempadanan untuk kepentingan politik BN, sedangkan cadangan semua pihak termasuk cendekiawan, ahli politik dan rakyat turut diambil kira dalam kajian itu.
"Diharapkan pembahagian persempadanan oleh SPR ini dapat dilihat secara holistik oleh semua pihak dan dibuat berdasarkan keperluan rakyat dengan tidak melihat kepada kepentingan politik masing-masing," katanya.
Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun turut berkongsi pendapat yang sama, dan berkata adalah tidak patut sekiranya pemimpin dalam mana-mana parti menolak atau membantah kajian daripada dijalankan.
"Tidak kira rakyat menyokong parti mana, yang penting rakyat di kawasan baharu itu beroleh manfaat dan akan dapat diwakili oleh wakil rakyat yang lebih mengutamakan keperluan penduduk di kawasan berkenaan... jika pemimpin itu membantah, mereka mungkin mempunyai agenda sendiri," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata sebarang isu atau maklum balas hanya akan diketahui selepas SPR mempamerkan notis kajian semula tersebut pada Disember nanti.
"Bila notis itu keluar, barulah kita dapat melihat apakah isu yang akan timbul berdasarkan kawasan yang dicadang SPR... namun bagi PBS sudah tentulah kita menyatakan kepada SPR kawasan mana yang mempunyai asas untuk dikaji semula dan disenaraikan," katanya.
Antaranya, menurut Mositun PBS ada mengemukakan cadangan agar kerusi DUN Langkon di bawah kawasan Parlimen Bandau yang dimansuhkan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 1994, dikembalikan.
'Perlu penambahan kerusi'
Sementara itu, Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata terdapat kawasan yang keperluan tambahan kerusi amat mendesak, contohnya Parlimen Kinabatangan sendiri yang mempunyai satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN, sedangkan keluasan kawasan itu lebih besar dari negeri Pahang.
Sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen tambahan diperlukan, jika tidak pun memadai ditambah satu kerusi DUN atas faktor keluasannya yang dianggarkan 70,000 kilometer persegi, katanya.
"Masalah ini telah kita ketengahkan kepada SPR... masalah ini bukan sahaja dihadapi Kinabatangan tetapi juga kawasan lain yang terlalu luas dan punya penduduk yang tinggal bertaburan.
"Keluasan kawasan di Parlimen Kinabatangan antara DUN Sukau dan DUN Kuamut membebankan wakil rakyat untuk berkhidmat secara berkesan dan menyeluruh, maka sekiranya diluluskan, saya optimis ia akan beri manfaat kepada rakyat," katanya.
Berapakah nisbah penduduk yang perlu diwakili oleh wakil rakyat?
"Sebetulnya, ia tidak boleh mengira angka penduduk semata-mata... kira kawasan juga tidak... ia perlu munasabah dan rasional.
"Di Seputeh contohnya, meskipun kawasan kecil tetapi kepadatan penduduknya amat tinggi, manakala kawasan yang terlalu luas pula menyukarkan untuk seseorang wakil rakyat itu memberikan perhatiannya," katanya.
Bernama
Tue Nov 11 2014
Faktor geografi, kepadatan penduduk justifikasi persempadanan di Sabah.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
PKR Sabah pertahan DUN Inanam dan Api-Api pada PRN17 - Mustapha
Mustapha berkata walaupun menyedari banyak parti turut mengintai dua DUN berkenaan, namun PKR tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kerusi itu.
Amizar angkat sumpah sebagai ADUN Pelangai
Amizar mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Wisma Sri Pahang.
[TIDAK RASMI] PN sapu bersih di Terengganu, dua bekas Menteri Besar kecundang
Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kerusi DUN Kijal yang disandangnya selama sembilan penggal.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di peringkat DUN mulai Ogos - Fuziah
KPDN menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, 30 Julai lepas.
PSB kerjasama dengan PDP, ikrar sokongan kepada Abang Jo
PSB menyatakan sokongan penuh kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beri peluang Tengku Zafrul bertanding di DUN Sg. Kandis - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah juga menegaskan bahawa Pemuda UMNO mahu Tengku Zafrul menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.
MUDA perkenal empat calon DUN dalam PRN Selangor
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) hari ini mengumumkan empat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada Ogos depan.
PRN: Polis Kelantan kenal pasti 16 kawasan 'panas'
Polis telah mengenal pasti 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap 'panas' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.
PRN: Kempen secara sihat, fakta benar, elak adu domba - Sanusi
Muhammad Sanusi mengharapkan pelaksanaan kempen parti pada PRN bagi enam negeri termasuk di Kedah dilakukan secara sihat berasaskan fakta benar.
MB hormati keputusan tiga exco tidak pertahan kerusi DUN
Amirudin menghormati keputusan tiga Exco Negeri yang tidak akan mempertahankan kerusi DUN masing-masing pada PRN kali ini.