Pereka grafik, Mohd Fahmi Redza Mohd Zarin dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas didapati bersalah membuat dan memulakan penghataran komunikasi palsu membabitkan pemimpin negara di akaun Facebook miliknya, dua tahun lalu.
Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan tertuduh berusia 40 tahun itu ditambah hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut.
Norashima bagaimanapun membenarkan perlaksaaan hukuman tersebut ditangguh sementara menunggu rayuan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jumlah ikat jamin terhadap tertuduh daripada RM5,000 kepada RM10,000.
Tertuduh sebelum ini dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran yang palsu sifatnya melalui akaun Facebook 'Fahmi Redza' miliknya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu yang kemudiannya dibaca oleh orang lain pada 8 Februari 2016 kira-kira jam 2.40 petang di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang di sini.
Mohd Fahmi Redza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.
Sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.
Kes itu telah melalui perbicaraan penuh bermula 10 Jun 2016 dan tertuduh didapati bersalah selepas gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah dalam kes terbabit.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Sophian Zakaria sementara tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.
Shafiq Noordin
Tue Feb 20 2018
![Fahmi Redza dipenjara sebulan, denda RM30,000 Fahmi Redza dipenjara sebulan, denda RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71519124784_FahmiReza.jpg)
Hakim Norashima Khalid turut memerintahkan Fahmi Redza ditambah hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda tersebut. - Gambar fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bunuh: Lelaki Indonesia terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun, 12 sebatan
Kes pegawai bank wanita yang sedang memindahkan wang tunai daripada peti besi ditembak mati pengawal keselamatan, pada tahun 2013.
![Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Raba kanak-kanak perempuan: Remaja lelaki diarah jalani khidmat masyarakat 120 jam
Remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 12 tahun.
![Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706688611_TBImranKhanjpg.jpg)
Mahkamah Pakistan bebaskan Imran Khan daripada tuduhan terkini
Mahkamah membatalkan keputusan dalam kes perkahwinan tidak sah yang membuka jalan bagi kemungkinan pembebasan Khan.
![Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-09/51506510065_Chegubard.jpg)
Perbicaraan kes menghasut Chegubard bermula 26 November
Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 November.
![Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655449167_JovianMandagie.jpg)
Pinjaman persahabatan: Jovian diarah bayar RM10 juta kepada dua syarikat
Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan kes melalui hujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi.
!['Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan 'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan
Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan KKM.
![Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000 Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710236045_JUDGE.jpg)
Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia di Labuan.
![Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni' Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718251903_PerkaranganKompleks.jpg)
Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sekali lagi 'dikerumuni'
Kira-kira 50 petugas media 'berkampung' di sekitar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sejak awal pagi, menantikan perkembangan kes Zayn Rayyan.