PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dilantik sebagai jurucakap bagi Kerajaan Perpaduan untuk berhadapan dengan media.
Perkara itu disahkan oleh Fahmi hari ini yang menurutnya, dalam mesyuarat Kabinet dua minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan supaya beliau dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bertindak sebagai wakil atau jurucakap bagi kerajaan terutama ketika berdepan dengan pihak media.
Fahmi berkata sidang media selepas mesyuarat Kabinet setiap Rabu akan dikendalikan beliau sekiranya perdana menteri tidak dapat hadir.
"Mana-mana minggu, sebagai contohnya Perdana Menteri tidak dapat anjurkan sidang media mingguan, maka saya dan KKD akan usahakan," katanya kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan KKD di sini hari ini.
Fahmi berkata antara peranan sebagai jurucakap kerajaan adalah, pihak media boleh merujuk kepadanya untuk mendapatkan kepastian terhadap isu-isu yang perlu mendapatkan pengesahan.
"Ini bagi memastikan kementerian atau menteri yang tepat untuk dirujuk bagi mendapatkan maklum balas," katanya.
Fahmi berkata KKD juga akan berbincang dengan badan penyiaran bagi menyediakan maklumat terperinci dan menyeluruh tentang aktiviti kerajaan yang dijangka disiarkan minggu depan dalam slot berita.
"Pelbagai maklumat yang disampaikan oleh kementerian dan agensi namun tiada penegasan kepada kepada pencapaian dan kejayaan yang dilakukan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya di perhimpunan itu Fahmi berkata, agensi KKD seperti Jabatan Penerangan Malaysia (Japen), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu membantu kerajaan untuk memberi penjelasan tentang konsep Madani.
"Intipati (Madani) itu lebih dari slogan tetapi hasrat yang dibawa kerajaan," katanya adalah penting untuk KKD memainkan peranan untuk meneliti, menterjemah dan mengolah apa maksud Madani kepada rakyat.
Mengenai pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri, Fahmi berkata bukan sahaja Nurul Izzah, tetapi kerajaan pimpinan Anwar juga telah melantik beberapa individu sebagai penasihat termasuk Tan Sri Mohd Hassan Marican.
"Istilah penasihat itu jelas kerana mereka tidak akan menyentuh mengenai dasar, tiada punca kuasa termasuk memanggil mesyuarat serta tidak dibayar gaji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
![Fahmi dilantik jurucakap kerajaan Fahmi dilantik jurucakap kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675152228_TBFAHMI.jpg)
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [16/07/2024] – SUKMA 2024 | Sentiasa berwaspada | Pintu sempadan
AWANI Borneo Selasa, 16 Julai 2024 bersama Fauzi Zin.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
- SUKMA 2024 : Nasib acara takraw wanita diketahui Khamis ini.
- Ribut petir diramal di Sabah, Bomba saran penduduk berhati-hati.
- Urusan imigresen di sempadan, Malaysia-Brunei adakan rundingan.
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721112865_FahmiFadzil.jpg)
Kementerian Komunikasi umum Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Kementerian Komunikasi hari ini mengumumkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30.
![Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721022524_FahmiFadzilSitiN.jpg)
Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake' - Fahmi
Masyarakat diminta berwaspada dengan taktik penipuan menggunakan penyebaran video dan imej palsu atau 'deepfake' yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
![Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720885667_FahmiFadzil.jpg)
Isu enam kerusi Parlimen: Ini bukan soal takut, ini soal Perlembagaan - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan ketika ini menghormati ketetapan yang termaktub dalam Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau Akta Antilompat Parti.
![MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720840148_PDRMMCMC.jpg)
MCMC perkukuh kerjasama dengan PDRM atasi buli siber
MCMC dan PDRM akan meneliti SOP untuk memudahkan proses membuat aduan buli siber.
![Jerayawara keselamatan dalam talian pastikan perkhidmatan Internet cepat, murah dan selamat Jerayawara keselamatan dalam talian pastikan perkhidmatan Internet cepat, murah dan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720774990_TBFahmi.jpg)
Jerayawara keselamatan dalam talian pastikan perkhidmatan Internet cepat, murah dan selamat
Ia bertujuan memastikan perkhidmatan Internet lebih cepat, murah dan selamat terutama bagi golongan kanak-kanak serta keluarga.
![Buli siber: PM tak puas hati, minta agensi berkaitan lebih tegas - Fahmi Buli siber: PM tak puas hati, minta agensi berkaitan lebih tegas - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720777161_TBFahmi.jpg)
Buli siber: PM tak puas hati, minta agensi berkaitan lebih tegas - Fahmi
Fahmi berkata, perdana menteri minta MCMC dan PDRM lebih tegas bertindak terhadap buli siber.
![Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720774990_TBFahmi.jpg)
Belanjawan 2025 dibentang 18 Okt ini - Fahmi
Belanjawan 2025, yang merupakan belanjawan ketiga di bawah Kerajaan Perpaduan, akan dibentang pada 18 Okt ini di Dewan Rakyat.
![Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720176227_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Agong titah Kementerian Komunikasi, MCMC ambil tindakan tegas isu berkaitan media sosial - Fahmi
Fahmi berkata Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu ketika beliau hadir dalam sesi menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara pagi semalam.
![Kementerian Komunikasi akan lancar jerayawara keselamatan dalam talian Kementerian Komunikasi akan lancar jerayawara keselamatan dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720657203_tbtopikeledar.jpg)
Kementerian Komunikasi akan lancar jerayawara keselamatan dalam talian
Program itu antara lain bertujuan menerangkan tentang bahaya penggunaan Internet yang boleh menyebabkan perbuatan buli siber atau penipuan.