KUALA LUMPUR: Pengguna diingatkan tidak terpedaya dengan akaun Facebook palsu Zoo Negara Malaysia yang diaktifkan untuk mengelirukan pengguna.
Menerusi kemas kini di Facebook rasmi, Zoo Negara memaklumkan, pihaknya mengesan akaun Facebook palsu itu telah menggunakan nama dan menganjurkan peraduan tidak wujud.
Menurut kenyataan itu, pihaknya menafikan akaun tersebut milik Zoo Negara dan tidak terlibat dalam peraduan yang dipaparkan di https://www.facebook.com/ZooNegaraMa/ tersebut.
"Baru-baru ini, terdapat satu akaun palsu menggunakan identiti Zoo Negara Malaysia. Mereka juga membuat pertandingan palsu di mana semua orang boleh memenangi tiket. Ini bukan kami.
Akaun palsu tersebut kini memiliki 1,039 pengikut dan meletakkan pin peraduan menang empat tiket ke Zoo Negara kepada 10 pemenang bertuah.
Hantaran peraduan yang didakwa diadakan bersempena ulang tahun Zoo Negara telah dibuat pada 18 April lalu dan telah mendapat 8,400 tanda suka dengan 5,500 komen serta 658 kongsi. - Sinar Harian
.
Sinar Harian
Tue Apr 25 2023
Menerusi kemas kini di Facebook rasmi, Zoo Negara memaklumkan, pihaknya mengesan akaun Facebook palsu itu telah menggunakan nama dan menganjurkan peraduan tidak wujud. - Foto tangkapan layar Zoo Negara Malaysia
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Polis ambil keterangan 10 saksi bantu siasatan tohmahan ke atas pegawai perkhidmatan awam
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis juga sedang mengesan, pemilik kedua-dua akaun Facebook berkenaan.
Facebook Zoo Negara palsu dikesan, tawar peraduan tidak wujud
Pengguna diingatkan tidak terpedaya dengan akaun Facebook palsu Zoo Negara Malaysia yang diaktifkan untuk mengelirukan pengguna.