Selepas kes seorang anggota Exco kerajaan negeri Perak didakwa merogol pembantu rumah, timbul lagi satu dakwaan terhadap seorang lagi anggota Exco kerajaan negeri Perak.
Kali ini, exco berkenaan didakwa membocorkan kertas minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.
Ahli Majlis Daerah Kerian, Beh Yong Kean mendakwa, tindakan exco bertujuan memulakan rundingan bagi mendapatkan komisen dalam menyokong permohonan tanah seluas lebih 36 hektar.
"Perkara ini dikesan sejak tahun lalu. Kita mempunyai bukti dan saksi berkaitan yang akan diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Pusat di sini hari ini.
Menurutnya, perkara itu menyalahi Akta Rahsia selain menyalahgunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah.
"Sebagai wakil rakyat dan Exco, tidak seharusnya membocorkan rahsia kerajaan untuk meminta rasuah. Diharapkan pihak polis dapat menyiasat secara adil tanpa melihat kedudukan beliau dalam kerajaan negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.
Dalam pada itu, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan baru itu yang melibatkan amalan korupsi.
“Buat masa ini kita biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan setelah mendapat maklumat lanjut, perkara ini akan dibincangkan bersama ahli kepimpinan negeri," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sebagai Pengerusi PKR, beliau tidak akan mengambil ringan sebarang tuduhan korupsi kerana ia bercanggah dengan perjuangan reformasi parti.
“Setiap pemimpin negeri diingatkan sekali lagi agar tidak mempergunakan kuasa dan pengaruh politik mereka untuk kepentingan diri,” tegasnya.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jul 13 2019

Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan terbabit namun laporan tersebut akan dirujuk ke Kuala Kurau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Exco Perak didakwa bocor minit mesyuarat MMKN
Exco berkenaan didakwa berbuat demikian untuk mendapatkan habuan daripada dua syarikat berkaitan pertanian.