KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengumumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi melalui jadual perjalanan baharu untuk semua laluan dengan masih mengekalkan 32 perkhidmatan sehari mulai 1 Ogos ini.
KTMB dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan laluan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral dan KL Sentral-Butterworth-KL Sentral adalah 10 trip sehari, laluan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral lapan trip sehari, manakala laluan Gemas-Butterworth-Gemas dan Gemas-Padang Besar-Gemas, dua trip sehari.
"Rasionalisasi penjadualan semula ini adalah dengan mengambil kira pelaksanaan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) Fasa 1 sektor Rawang-KL Sentral yang telah siap.
"Selain itu, kesambungan perkhidmatan ETS dengan perkhidmatan tren lain seperti Komuter Utara, Ekspres Selatan dan Ekspres Rakyat Timuran di stesen-stesen utama juga antara faktor yang turut menyumbang kepada penjadualan baharu ini," menurut kenyataan itu.
Melalui penjadualan semula tersebut, KTMB akan memperkenalkan enam perkhidmatan ETS Ekspres daripada 32 perkhidmatan sedia ada bagi sektor KL Sentral-Ipoh-KL Sentral, KL Sentral-Butterworth-KL Sentral dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral.
"Tren-tren ekspres ini hanya berhenti di stesen-stesen utama dan mengambil masa perjalanan dua jam untuk sektor KL Sentral-Ipoh, tiga jam 30 minit sektor KL Sentral-Butterworth dan empat jam 50 minit KL Sentral-Padang Besar.
"Melalui penjadualan semula dan pengenalan enam perkhidmatan tren ETS ekspres ini, ia dapat memberi penjimatan masa perjalanan kepada penumpang ke destinasi sama ada untuk melancong, bercuti atau pulang ke kampung halaman, selain menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam berteraskan pengangkutan rel dengan selesa dan selamat," menurut KTMB.
Kenyataan itu menyebut jualan tiket tren ETS dan KTM Intercity bagi Ogos sehingga November 2024 akan mula dijual pada 12 tengah hari esok.
KTMB menasihatkan pengguna untuk mengambil peluang merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket dengan lebih awal khususnya ketika cuti umum serta cuti penggal persekolahan.
Orang ramai digalakkan untuk mendapatkan tiket secara dalam talian melalui aplikasi KTM Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my bagi pembelian tanpa tunai yang lebih mudah dan pantas, kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2024

KTMB menasihatkan pengguna untuk mengambil peluang merancang perjalanan dan membuat pembelian tiket dengan lebih awal khususnya ketika cuti umum serta cuti penggal persekolahan. - Foto Bernama
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Perkhidmatan ETS dari Stesen Segamat bermula hari ini - KTMB
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat pukul 7.55 pagi tadi.

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur
Sepanjang tempoh perkhidmatan tren khas itu, 312 tiket akan ditawarkan bagi setiap perjalanan, menjadikan keseluruhan 1,248 tiket.

Perkhidmatan KTMB terjejas di beberapa laluan akibat pokok tumbang
Operasi perkhidmatan KTMB mengalami gangguan akibat pokok tumbang di KM386.50, di antara Stesen Kuala Lumpur - Putra pada 4.01 petang tadi menyebabkan alat talian atas (overhead line) terbingkas.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

KTMB catat peningkatan penumpang semasa Thaipusam
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencatatkan peningkatan jumlah penumpang menerusi perkhidmatan KTM Komuter tanpa henti sempena Thaipusam pada 9 hingga 12 Feb lepas.

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.

Seorang maut, empat cedera dilanggar tren komuter
Seorang individu maut manakala empat lagi cedera ringan selepas dilanggar tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) dalam kejadian di KM 34.734 antara Teluk Pulai dan Klang pada pagi Selasa.