Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sentiasa berwaspada dan bersiap sedia dengan sebarang ancaman penjenayah khususnya dari Abu Sayyaf di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Komander ESSCom Datuk Hazani Ghazali berkata sehingga kini tiada pergerakan penjenayah dari Abu Sayyap dikesan dan pihaknya akan terus berwaspada serta siap siaga.
"ESSCom sentiasa waspada mengenai ancaman penjenayah dari kumpulan pengganas khususnya dari kumpulan pengganas Abu Sayyaf terutama di perairan Pantai Timur Sabah," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Beliau diminta mengulas surat pemberitahuan yang dikeluarkan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) yang tular sejak pagi tadi yang menyatakan tiga kelompok kumpulan Abu Sayyaf dilaporkan melakukan pergerakan ke perairan di timur Sabah pada 30 Ogos, lepas.
Ia bertujuan untuk melakukan penculikan dengan menyasarkan beberapa buah kapal iaitu Kapal Batubara, Kapal Tanker, Nelayan Kapal Lengkong dan Kapal Tarik Udang.
Surat peringatan KJRI itu dipercayai untuk disampaikan pada warga Indonesia yang bekerja sebagai nelayan dan kru kapal agar berhati-hati jika belayar ataupun melalui perairan yang menjadi sasaran operasi kelompok Abu Sayyaf.
Dalam surat itu terdapat beberapa tempat atau wilayah dinyatakan yang akan menjadi sasaran iaitu Bakongan, Berhala, Sandakan, Mamiang, Tambisan dan Taganak.
Hazani berkata pihaknya juga sedia maklum tentang surat yang tular itu dan telah menghubungi pasukan keselamatan Filipina bagi mengesan pergerakan kumpulan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 02 2019
Datuk Hazani Ghazali berkata sehingga kini tiada pergerakan penjenayah dari Abu Sayyap dikesan dan pihaknya akan terus berwaspada serta siap siaga. - Gambar fail
Xiaomi dilapor akan lancar cip 3nm sendiri pada tahun 2025
Kerana ia merupakan cip 3nm, besar kemungkinan cip ini akan digunakan pada peranti mercu seperti siri Xiaomi 16 kelak.
AWANI Ringkas: Lima pegawai kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PILKADA 2024: Kawasan panas & figura politik tumpuan
Eksekutif, Penyelidikan & Khidmat Nasihat, KRA Group Ahmad Fedullah berkongsi unjuran beliau berkenaan kawasan-kawasan panas dan figura politik yang menjadi tumpuan pada Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA) 2024.
Tambah baik fasiliti, Jadikan Ngoca bertaraf antarabangsa
Ahli Parlimen Kuala Pilah mencadangkan kementerian menyediakan peruntukan bersesuaian untuk naik taraf stadium bola ngoca di Kuala Pilah. “Jadikan Pesta Bola Ngoca acara sukan bola antarabnagsa bagi merancakkan ekonomi dan peluang pendapatan untuk masyarakat setempat” Katanya.
Kes IPIC: Najib, Mohd Irwan lepas tanpa bebas pertuduhan pecah amanah RM6.6 bilion
Hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Seri K.Kumaraendran.
Ciri Recents di Spotify diperkenal, simpan sejarah dengar lagu selama 90 hari
Recents akan mengintegrasikan sejarah mendengar lagu, podcast, dan buku audio.
Pulau Pinang akan tubuh jawatankuasa, garis panduan khusus tangani gelandangan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam proses untuk menubuhkan jawatankuasa dan mengembangkan garis panduan khusus bagi menangani serta membantu populasi gelandangan di negeri ini.
Bencana banjir: Jambatan Teladas Lama penanda aras untuk Kemaman
Bagi meninjau situasi banjir di Kemaman, Terengganu, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil.
Kerajaan sasar tingkat pengecas DC hingga 1500 unit
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri telah meningkatkan sasaran untuk pengecas arus terus (DC) kenderaan elektrik (EV) dari 1000 ke 1500 unit.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Menurut Timbalan Menterinya i Liew Chin Tong, perkara itu disasar kerajaan untuk dicapai menjelang 2025.
Bencana banjir: Mangsa di Kelantan meningkat mendadak, negeri lain terkawal
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.