Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyelamatkan sebuah kapal dagang dari Vietnam daripada menjadi mangsa rompak atau culik kumpulan penjenayah di perairan Filipina.
Komander ESSCom, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pada Ahad lepas kira-kira jam 4 petang, pihak ESSCom telah mengesan isyarat kecemasan melalui perhubungan radio di saluran 16 daripada kapal dagang MV PHU AN 268.
Beliau berkata kapten kapal tersebut memaklumkan bahawa semasa dalam pelayaran berhampiran perairan Pulau Boan, Filipina, mereka telah mengesan sebuah bot laju yang kelihatan di atasnya enam orang bergerak mengekori mereka dalam keadaan mencurigai dan cuba memintas kapal tersebut.
Menyedari kapal itu terus diekori, kapten kapal telah menambah kelajuan serta menukar haluan menuju perairan Malaysia, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Abdul Bari berkata bertindak atas maklumat tersebut pihak ESSCom telah mengatur gerak bot Viper 08 dan kapal KD Sri Tiga ke perairan sempadan untuk mengesan dan seterusnya mengiringi MV PHU AN 268 ke Pelabuhan Sandakan dengan selamat.
Beliau berkata tindakan pantas kapten kapal dagang itu menggunakan saluran 16 untuk meminta bantuan telah memudahkan pihak ESSCom mengatur gerak aset di laut bagi menggagalkan cubaan rompakan atau penculikan itu.
Justeru, katanya pihaknya menggalakkan supaya semua pelaut terutama sekali nelayan tempatan agar memasang radio saluran 16 dan Sisten Pengenalan Automatik di dalam kapal mereka supaya mudah meminta bantuan atau melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada ESSCom.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2017
![ESSCom selamat kapal dagang Vietnam dari jadi mangsa rompak, culik ESSCom selamat kapal dagang Vietnam dari jadi mangsa rompak, culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478398390_WanAbdulBari.jpg)
WAN ABDUL BARI: ESSCom menyelamatkan sebuah kapal dagang dari Vietnam daripada menjadi mangsa rompak atau culik kumpulan penjenayah di perairan Filipina. - Gambar fail
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719354914_Destroyedbuildings.jpg)
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua PBB
Beliau berkata tahap pertempuran dan kemusnahan yang melampau di Gaza tidak dapat difahami dan tidak boleh dimaafkan.
![Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721121786_MuhyiddinYassin.jpg)
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
![Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712376317_TujuanForensik.jpg)
Saintis kesan gen bantu rawat kanser pankreas
Gen HNF4A (Hepatocyte Nuclear Factor 4 Alpha) didapati akan berhenti berfungsi pada tubuh pesakit kanser pankreas.
Pantau Agenda Reformasi: Potensi dan cabaran percambahan e-Sukan di Malaysia
Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Selangor
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Selangor
E-Sukan mampu mencetak nama Malaysia di pentas dunia. Memahami potensi, kekangan dan peranan yang perlu dimainkan semua pihak dalam melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan yang berjaya, seterusnya menyokong pembangunan industri E-Sukan negara.
SRG cipta sejarah pasukan Malaysia pertama juarai MSC MLBB 2024
Jualan kereta di Malaysia diunjur cecah 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melakukan semakan semula berkaitan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 765,000 unit berbanding unjuran awal 740,000 unit untuk 2024. Semakan dibuat disokong oleh persekitaran ekonomi yang positif dan jumlah tempatan tertunggak yang masih berada pada tahap yang baik
Kementerian Digital cari kaedah kurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois
Kerajaan sedang mencari kaedah mengurangkan kos pelaksanaan sistem e-invois untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) selepas sistem itu diwajibkan untuk semua perniagaan pada 1 Julai 2025
Perbelanjaan pengguna dijangka meningkat tahun ini
Perbelanjaan Pengguna Malaysia dijangka meningkat sepanjang tahun ini
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
dengan unjuran sebanyak RM904.6 bilion, ketika proses pemulihan ekonomi menunjukkan kemajuan pada ketika ini.
![Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721123609_lokasi.jpg)
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![ESSCom selamat kapal dagang Vietnam dari jadi mangsa rompak, culik ESSCom selamat kapal dagang Vietnam dari jadi mangsa rompak, culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478398390_WanAbdulBari.jpg)
ESSCom selamat kapal dagang Vietnam dari jadi mangsa rompak, culik
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyelamatkan sebuah kapal dagang dari Vietnam daripada menjadi mangsa rompak atau culik kumpulan penjenayah di perairan Filipina.
![Bot bawa pelancong di ESSZone perlu pasang AIS dan radio VHF Bot bawa pelancong di ESSZone perlu pasang AIS dan radio VHF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/51478398390_WanAbdulBari.jpg)
Bot bawa pelancong di ESSZone perlu pasang AIS dan radio VHF
Pengusaha pusat pelancongan di ESSZone perlu memastikan semua bot yang digunakan untuk membawa pelancong ke pusat peranginan dipasang AIS dan Radio VHF.