Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) yang menerajui operasi pasukan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) berjaya merampas 14,740 batang rokok seludup dari pelbagai jenis di sebuah rumah kedai di Pusat Bandar Cenderawasih pagi semalam.
Komandernya Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata penemuan rokok itu terbongkar selepas soal siasat anggota Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama anggota daripada Komtek 16 terhadap dua suspek yang ditahan di kawasan berhampiran rumah kedai berkenaan.
"Jenis rokok yang ditemui dalam sebuah bilik khas rumah kedai itu adalah 5,000 batang rokok Astro Merah, 3,320 batang rokok jenama Premium, 2,280 batang rokok Gudang Garam, 2,100 batang rokok Astro Putih, 1,680 batang rokok Minnie dan 360 batang rokok Apache," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, hasil risikan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki berumur 34 tahun yang juga merupakan pemilik rumah lot kedai dan rokok seludup berkenaan.
"Kesemua suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada ibu pejabat polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat di Seksyen 135 (1)(d) 1967 Akta Kastam", katanya.
Sementara itu, Pos Kawalan Angkatan Tugas Bersama (ATB) Kapalai Resort berjaya mematahkan cubaan dua lelaki dan seorang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI) menyeludup keluar 40 jerikin disyaki minyak petrol di kawasan perairan Semporna pada petang Rabu.
Abdul Bari berkata sepasukan anggota ATB yang membuat rondaan terserempak lalu memeriksa sebuah bot pam mencurigakan yang dinaiki ketiga-tiga suspek berkenaan yang berumur lingkungvan 30 hingga 58 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
"Ketika pemeriksaan minyak petrol itu disembunyikan di dalam bot berkenaan dan mereka tidak mempunyai surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)," katanya.
Dalam kejadian itu turut disita perahu dan dua enjin pam yang digunakan dalam kegiatan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM 9,450.
Beliau berkata semua suspek dan rampasan dibawa ke Pangkalan Polis Marin Semporna untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/1961 dan Ordinan Perkapalan dan Saudagar 1960.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2016
WAN ABDUL BARI: ESScom rampas 14,740 batang rokok seludup di Pusat Bandar Cenderawasih. - Gambar fail
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
[TERKINI] Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, selari dengan usaha itu, dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
ESSCom beri jaminan kurangkan jenayah rentas sempadan
ESSCom memberi jaminan untuk mengurangkan kes jenayah rentas sempadan yang sering berlaku di kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Kehadiran 'sosok' anggota ESSCom beri keyakinan keselamatan penduduk di ESS Zone
Februari ini, genap 11 tahun peristiwa pencerobohan pengganas bersenjata Sulu memasuki perairan negara secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Kerajaan lulus RM20 juta tambah aset ESSCom di sempadan negara
Ketua Pegawai ESSCOM Dr Jamaluddin Mohd Ali berkata aset berkenaan antaranya termasuk bot-bot laju sedang dalam proses peralihan.
Agong lawat ESSCom, Permaisuri memasak untuk rakyat di Lahad Datu
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat ESSCom.
Kerajaan terus tingkat kebajikan petugas ESSCom - Saifuddin
Kerajaan Perpaduan akan terus meningkatkan aspek kebajikan pegawai dan anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) melalui persekitaran kerja yang kondusif.
ESSCom rancang guna aplikasi keselamatan untuk pelancong - Komander
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) merancang untuk menggunakan satu aplikasi bagi memastikan keselamatan pelancong yang berada di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Semporna mulai terima pelancong China selepas COVID-19
Pengarah Borneo Divers Datuk Abdul Hajan Gurimbang berkata kemasukan pelancong antarabangsa ke Semporna meningkat dengan jangkaan kemasukan 2,000 pelancong China pada setiap hari selepas ini.
Keselamatan: 12 kawasan penempatan PATI di Sandakan digempur ESSCom
ESSCom menjalankan Operasi Bersepadu selama tujuh hari bermula Rabu minggu lalu hingga semalam (Selasa) sebelum menggempur 12 lokasi disyaki penempatan warga asing di Sandakan.
ESSCom laksana Operasi Gasak Laut roboh pondok kecil di Kudat
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan.
Selain jaga keselamatan, ESSCom tingkat kemahiran penduduk di ESSZone
Program kemahiran dan latihan beri peluang kepada penduduk untuk menambah baik kemahiran kendiri, sekali gus menaikkan taraf ekonomi.