ALOR SETAR: Ketika ramai kanak-kanak lain selesa bermain permainan video dan telefon pintar, lain pula bagi kanak-kanak di kawasan perkampungan nelayan di Kampung Kuala Sala dekat Alor Setar.
Ramai kanak-kanak yang masih bersekolah rendah kelihatan ringan tulang melakukan aktiviti menjala ikan dan mengambil upah mengelas siput kepah untuk mencari wang persediaan ke sekolah.
Ketika kru Astro AWANI tiba di pelantar siput Kuala Sala kelihatan dua kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun sedang menjala ikan. Kembangan jala yang ditebar kemas dan apabila ditarik penuh berisi ikan.
Mengorek cerita, Astro AWANI mendekati Muhammad Roiss Akmal Mohd Nor, 12, yang petah berbicara dan tidak segan silu menjawab apabila ditanya.
Menurut pelajar Sekolah Kebangsaan Pematang Buloh ini, dia akan ke jeti ini seawal jam 7.30 pagi setiap hari untuk menjala ikan sementara menanti bot siput pulang.
Anak sulung daripada dua beradik ini berkata, antara hasil tangkapan yang kerap diperoleh adalah ikan bulan, gelama, sembilang dan belukang.
Katanya, sedikit hasil tangkapan akan dibawa pulang untuk dimasak oleh neneknya manakala selebihnya dijual dengan wang diperoleh disimpan di dalam tabung.
"Kalau ikan belukang sekilogram RM5... tapi yang lain tak jual, bagi dekat tok (nenek) sahaja buat ikan kering... masak gulai.
"Duit jualan saya simpan dalam tabung. Nanti boleh guna nak beli baju sekolah.
"Kalau kelas (pilih) siput tu, kadang-kadang dapat dua bakul, tiga bakul. Kalau harap kepada jala ikan saja, kadang-kadang orang tak mau beli. Tapi, kelas siput saya dapat upah sebakul RM8," katanya.
Bagi rakannya, Muhammad Hafiz Che Din, 10, dia akan menunggu di pelantar untuk mengelas siput setiap hari dan mendapat upah RM16 sehari.
"Maksud kelas ni, kami kena buang kulit siput dan pilih isi saja letak dalam bakul. Hasil upah saya simpan dan bagi kepada tok. Kadang-kadang buat beli baju sekolah, buku sekolah. Yang lebih tu buat belanja sekolah nanti," katanya.
Seorang lagi rakan mereka, Nur Aini Husna Mohd Nor, 11, berkata dia meluangkan masa dua jam sehari mengelas siput di situ dan mendapat upah kira-kira RM16.
Katanya, ibu dan bapanya mengajar untuk menabung demi masa depan dan melanjutkan pelajaran ke universiti.
"Saya guna duit ini untuk beli baju sekolah, buku sekolah kasut sekolah..makan dan barang-barang sekolah," katanya.
Sementara itu, seorang nelayan di kampung berkenaan, Sabiri Saidin, 27, berkata dia sering memberi semangat dan perangsang kepada anak-anaknya yang turut kerap mengambil upah mengelas siput.
Baginya, bukan mudah untuk senang dan mereka tidak boleh berpeluk tubuh untuk mengubah keadaan.
Katanya, setiap hari selepas pulang daripada menangkap siput dia bersama awak-awak bot akan terus mengangkat siput ke atas pelantar.
"Saya ajar anak berdikari cari duit sendiri supaya mereka pandai menabung. Tapi kalau untuk makan pakai saya sediakanlah, cuma saya mahu mereka belajar cari duit sendiri ketika cuti sekolah," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 14 2023
Muhammad Roiss menebar jala untuk menangkap ikan di Kampung Kuala Sala dekat Alor Setar. - Gambar/ Astro AWANI
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Enggan buang masa, anak nelayan kelas siput, jala ikan cari wang belanja sekolah
Ketika ramai kanak-kanak lain selesa bermain permainan video dan telefon pintar, lain pula bagi kanak-kanak di kawasan perkampungan nelayan di Kampung Kuala Sala dekat Alor Setar.