KUALA LUMPUR: Enam pemimpin wanita menerima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar yang pertama daripada Institut Pengurusan Wanita (WIM) malam tadi kerana berjaya mengatasi fenomena siling kaca dan mendapat pengiktirafan dalam pelbagai bidang kerjaya dan kepakaran.
Mereka terdiri daripada Dr Jasmine Begum yang menerima anugerah kategori pengurusan korporat, Prof Datuk Dr Adeeba Kamaruzaman (pendidikan), Rina Neoh (keusahawanan dan perniagaan), Datuk Dr Narimah Khan (perkhidmatan awam), Datuk Dr Hartini Zainudin (perkhidmatan sosial dan masyarakat) dan Prof Dr Leong Wai Yie (teknologi).
Anugerah disampaikan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala acara itu, di sini sebagai Tetamu Kehormat Diraja.
Pengerusi Penganjur, Puan Sri Siew Yong Gnanalingam berkata penerima anugerah akan membantu menyalakan semangat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita bagi meningkatkan pencapaian masing-masing dan memecahkan siling kaca untuk menjadi pemimpin wanita.
"Mereka juga akan bertindak selaku mentor dan menjadi contoh untuk menjadikan wanita memberikan yang terbaik untuk menyumbang balik kepada masyarakat," kata beliau dalam ucapannya di sini malam tadi.
Anugerah itu dinamakan sebagai memperingati Allahyarham Tan Sri Napsiah Omar bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial dan pengasas WIM bagi mengiktiraf pemimpin wanita hebat yang berkhidmat dalam pelbagai sektor di negara ini.
--BERNAMA
Bernama
Mon May 16 2022
![Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652738327_WomenLeadersAward.jpg)
Raja Permaisuri Perak (tengah) bergambar bersama penerima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar malam tadi. --fotoBERNAMA
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
![Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-03/61489112404_WOMENWORK.jpg)
Wanita catat 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah 100 PLC utama
Golongan wanita mencatatkan 30.6 peratus dalam Lembaga Pengarah di 100 syarikat senaraian awam (PLC) utama di Malaysia, dan hampir 25 peratus di kesemua PLC di Bursa Malaysia.
![Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652738327_WomenLeadersAward.jpg)
Enam terima Anugerah Pemimpin Wanita Tan Sri Datuk Napsiah Omar
Penerima anugerah akan membantu menyalakan semangat dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita.
![Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618824091_NurulIzzah.jpg)
Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, wanita perlu bekerjasama dan menyokong bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.
![Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14 Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/61505905077_MashitahIbrahim.jpg)
Mashitah sedia bertanding di kawasan DUN Kuala Ketil pada PRU14
Katanya, sudah tiba masanya kawasan DUN itu diwakili pemimpin wanita yang mempunyai latar belakang agama kerana kawasan itu banyak menempatkan pusat tahfiz dan pondok di Kedah.