SEKINCHAN: Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan Makmur, Pasir Panjang, di sini.
Menurut Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, pihaknya menggerakkan 16 anggota dan jentera sejurus panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 3 pagi, hari ini.
"Enam mangsa berusia lingkungan 8 hingga 41 tahun berada di rumah tersebut ketika kejadian dan berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai di lokasi.
"Bagaimanapun kesemua mereka mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah kampung yang musnah 90 peratus dan sebuah kereta jenis Proton Wira dan berjaya dipadamkan pada 4.15 pagi," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Antara mangsa terlibat Jamri Manap, 41; Jurina Aziz, 46; dan anak mereka Mohd Raziq Azrai, Norhidayah, 17; Norain Jamalin, 12; dan Mohd Zazil Hidayat, 8.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Astro Awani
Mon Sep 27 2021
![Enam sekeluarga melecur dalam insiden rumah terbakar di Sekinchan Enam sekeluarga melecur dalam insiden rumah terbakar di Sekinchan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632785943_bakar.jpg)
Enam sekeluarga berdepan detik cemas apabila rumah didiami mereka mengalami kebakaran di Jalan Makmur, Pasir Panjang, Sekinchan. -JBPM
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Warga emas tinggal sendirian ditemukan maut dalam kebakaran
Halimah dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.
![Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713130193_Kebakaran.jpg)
Rumah ADUN Mulu di Bario musnah dalam kebakaran
BBP Marudi menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.40 pagi dan segera mengaktifkan enam anggota Persatuan Bomba Sukarela Bario.
![65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas 65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711244510_tbkebakaran.jpg)
65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas
JBPM Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada 3.11 pagi sebelum tiba enam minit kemudian.
![40 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran selepas sahur 40 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran selepas sahur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711091949_TBrumahmusnahj.jpg)
40 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran selepas sahur
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.22 pagi.
![Suami isteri maut, rumah terbakar Suami isteri maut, rumah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710554095_tbmautkebakaran.jpg)
Suami isteri maut, rumah terbakar
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit.
![Nenek, cucu rentung dalam kebakaran Nenek, cucu rentung dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71706823705_Nenekcucurentung.jpg)
Nenek, cucu rentung dalam kebakaran
Cucunya yang berusia empat tahun dipercayai terperangkap manakala ibu kepada kanak-kanak tersebut sempat keluar dari rumah tersebut.
![Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706516725_TBkebakaranjpg.jpg)
Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.
![Tujuh rumah terbakar, lapan keluarga hilang tempat tinggal Tujuh rumah terbakar, lapan keluarga hilang tempat tinggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705049611_TBkebakarangjpg.jpg)
Tujuh rumah terbakar, lapan keluarga hilang tempat tinggal
Lapan keluarga kehilangan tempat tinggal apabila kediaman mereka di Jalan Sultanah Zainab, di Kota Bharu musnah dalam kebakaran pagi tadi.
![Wanita OKU rentung, tiga anak melecur kebakaran 12 rumah di Inanam Wanita OKU rentung, tiga anak melecur kebakaran 12 rumah di Inanam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703213531_TBKebakaranjpg.jpg)
Wanita OKU rentung, tiga anak melecur kebakaran 12 rumah di Inanam
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Idam Hamid berusia 50-an ditemukan rentung di bahagian bilik rumahnya.
![Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700620665_TBKebakaranjpg.jpg)
Deretan empat rumah hangus dalam kebakaran
Keempat-empat buah rumah kelas A itu mengalami kemusnahan lebih 90 peratus, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.