YAN: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesan enam runtuhan tanah berskala kecil di kawasan lereng Gunung Jerai selepas tujuh hari kejadian fenomena kepala air berlaku di situ.
Ketua Cawangan Kepakaran Geologi Kejuruteraan JMG Dr Ferdaus Ahmad berkata runtuhan itu dikenal pasti berdasarkan kajian lapangan dilakukan pihaknya pagi semalam dengan mendapati saiz lebar runtuhan itu antara tiga hingga empat meter sahaja.
"Kami dapati proses runtuhan itu masih lagi berlaku dipercayai kesan daripada kejadian fenomena kepala air ini.
"Sewaktu kejadian itu keadaan tanah belum tepu, namun selepas itu bila ada hujan beberapa hari ini termasuk semalam menyebabkan tanah menjadi tepu dan berlaku sedikit runtuhan tanah," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membuat tinjauan kesan runtuhan tanah akibat tragedi itu di sekitar kawasan Gunung Jerai yang turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Suraya Yaacob.
Sehubungan itu, Ferdaus meminta sesiapa sahaja yang menggunakan jalan di Gunung Jerai berkenaan agar sentiasa berwaspada dengan keadaan tersebut bagi memastikan keselamatan masing-masing.
"Sekiranya berlaku keadaan hujan luar jangka kemungkinan terdapat runtuhan kecil lain dan kesan-kesan lain juga," katanya yang turut memaklumkan JMG mengkategorikan kawasan empat runtuhan tanah berskala besar dengan saiz lebar lebih 10 meter yang berlaku sebelum itu sebagai Zon Bahaya.
Ferdaus berkata bagaimanapun pihaknya perlu menjalankan kajian dan siasatan di lapangan itu sebelum mengetahui jarak dan keluasan zon berkenaan keseluruhannya.
Beliau berkata sesuatu kawasan tanah runtuh itu dikategorikan sebagai Zon Bahaya apabila antara lain mempunyai tanda tanah runtuh akan berlaku lagi dengan melihat sama ada terdapat retakan di sekeliling kawasan tanah runtuh itu ataupun menunjukkan terdapat bongkah batuan kurang stabil yang mempunyai potensi ancaman kepada kawasan tersebut.
Namun, Ferdaus berkata Zon Bahaya itu tidak kekal sebaliknya ia hanya sementara untuk menunggu kerja baik pulih cerun dan mitigasi tertentu siap dilakukan yang turut melibatkan tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Runtuhan tanah bukit di laluan naik ke Gunung Jerai, 24 Ogos, 2021. --fotoBERNAMA
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Enam runtuhan tanah berskala kecil dikesan di Gunung Jerai
Runtuhan itu dikenal pasti berdasarkan kajian lapangan dilakukan pihaknya pagi semalam dengan mendapati saiz lebar runtuhan itu antara tiga hingga empat meter sahaja.