Enam buah rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tahana, Jalan Padu, Larkin di sini tengah malam tadi membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah (I) Johor Baharu Selatan Supt Abdul Wahib Musa berkata, kejadian pada 12.30 tengah malam itu melibatkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak.
Bagaimanapun, kesemua mereka terselamat dalam kejadian yang berlaku di kawasan tapak pembinaan yang dipercayai untuk dijadikan kedai dan restoran bersebelahan kampung berkenaan, katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian awal pagi ini.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kerugian dianggarkan sebanyak RM30,000 melibatkan enam buah rumah dan tiga buah motosikal yang tertimbus," katanya.
Abdul Wahib, yang turut diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah (II) Johor Baharu Selatan Supt Mohd Nadzir Gulam Kadir, berkata ketika kejadian, lima rumah berpenghuni manakala satu tiada penghuni.
Buat sementara waktu, kesemua mangsa dipercayai tinggal dan mendapat perlindungan bersama saudara terdekat, katanya.
Menurut Abdul Wahid pihaknya akan menghubungi pejabat tanah pagi ini bagi memastikan tindakan selanjutnya diambil, selain meminta Syarikat Air Johor Sdn Bhd dan Tenaga Nasional Bhd menyambung semula bekalan air dan elektrik ke kawasan terjejas akibat kejadian itu.
Abdul Wahib berkata kajian awal pihak bomba mendapati struktur tanah di kawasan berkenaan masih berisiko berlaku runtuhan, terutama jika hujan.
"Pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dan akan menghubungi pihak kontraktor serta menasihatkan mereka agar memberhentikan kerja-kerja pembinaan buat sementara waktu untuk menilai risiko keruntuhan tanah," katanya.
Kawasan Kampung Tahana, yang dipercayai didiami lebih 20 tahun lalu, mempunyai 31 buah rumah dengan kira-kira 200 penduduk.
Sementara itu, Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata 10 buah rumah di kawasan berdekatan disarankan berpindah kerana tidak selamat.
Bernama
Mon Jun 29 2015
![Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435541654_ABDULWAHIBMUSA.jpg)
ABDUL WAHIB: Ketika kejadian, lima rumah berpenghuni manakala satu tiada penghuni.
![Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721891818_ParisOlympics.jpg)
Kontinjen Great Britain kritik keadaan makanan di sukan Olimpik Paris
Antara aduan adalah tentang kekurangan makanan tertentu, selain soal kualiti, termasuk kes daging mentah yang dihidangkan kepada atlet.
![Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Guru lelaki ditahan lakukan amang seksual beberapa murid lelaki sekolah rendah
Siasatan awal mendapati guru lelaki berusia 30-an itu disyaki melakukan perbuatan terbabit di beberapa lokasi berbeza.
Rakyat Palestin berlindung di bekas penjara
Selepas berbulan-bulan serangan tentera Israel di Gaza tanpa henti, puluhan ribu rakyat Palestin terhimpit dengan isu kemanusiaan paling dahsyat yang mana mereka menjadi pelarian di tanah kelahiran mereka sendiri.
Barack Obama, isteri sokong penuh Kamala Harris
Barack Obama berkata, beliau dan isterinya yakin Harris akan menjadi Presiden Amerika Syarikat yang hebat.
Polis Sepanyol rampas 4 tan kokain di pelabuhan Barcelona
Sepanyol merampas empat tan kokain yang disembunyikan dalam guni beras di Barcelona pada Jumaat.
Kesedaran tentang anti diskriminasi perlu ditingkatkan di IPT
Kesedaran tentang anti diskriminasi terhadap pesakit HIV dan AIDS perlu dipergiatkan di peringkat institusi pendidikan tinggi bagi mengurangkan stigma.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi pada Sabtu
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung pada Sabtu malam.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) merampas 138 unit walkie-talkie bernilai lebih RM20,000 dari tiga premis di Jalan Pasar, Pudu, Kuala Lumpur dalam operasi baru-baru ini
Keluhan pengusaha bas kilang akan dibawa ke kabinet: Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini ke Kabinet.
MyCC denda 100 perusahaan, penalti cecah RM570 juta
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak RM570 juta penalti dikenakan terhadap semua syarikat yang didapati bersalah.
![Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71435541654_ABDULWAHIBMUSA.jpg)
Enam rumah setinggan musnah dalam kejadian tanah runtuh
Kejadian pada 12.30 tengah malam itu melibatkan 24 mangsa warga Indonesia, terdiri daripada 11 lelaki, sembilan wanita dan empat kanak-kanak.