Enam penjawat awam antara 75 orang yang ditahan dalam empat serbuan serentak di pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya ini, lewat malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata operasi yang bermula pukul 12 tengah malam sehingga 9.00 pagi ini merupakan kerjasama antara Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor dan Jabatan Siasatan Jenayah (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa.
"Hasil ujian air kencing mendapati dua daripada penjawat awam tersebut positif dadah jenis Amphitamine dan kita telah serahkan mereka kepada Pasukan Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam operasi untuk menjalankan tindakan susulan," kata beliau.
Daripada yang ditahan itu, enam individu yang dikehendaki polis atas pelbagai jenis jenayah, terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia antara 21 dan 32 tahun, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Menurut Kamarul Zaman, 56 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) berusia antara 19 dan 34 tahun selain enam individu yang tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah terdiri daripada empat lelaki warga Nepal, seorang lelaki dan seorang wanita warga Myanmar.
"Kita juga menahan tujuh individu yang berkhidmat sebagai penjaga pusat hiburan yang berumur antara 19 dan 50 tahun selain menyelamatkan lapan wanita warga Vietnam dan dua wanita warga China yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja sebagai GRO.
"Operasi ini juga mendapat kerjasama daripada pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)," kata beliau.
Dalam operasi yang sama, pihaknya juga merampas berbagai jenis dadah seperti syabu, ketamine, pil ekstasi, rokok ganja dan pil erimin 5 yang bernilai lebih RM20,000 dipercayai untuk dijual kepada pelanggan pusat hiburan.
Turut dirampas sembilan buah mesin besar dan 32 buah mesin lain yang digunakan sebagai mesin perjudian haram. -- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2017

Enam penjawat awam antara 75 orang yang ditahan dalam empat serbuan serentak di pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya ini, lewat malam tadi. -Gambar fail
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Enam penjawat awam antara 75 yang ditahan dalam operasi pusat hiburan di JB
Enam penjawat awam antara 75 orang yang ditahan dalam empat serbuan serentak di pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya ini, lewat malam tadi.