KUALA LUMPUR : Lima lokasi di Sabah dan satu di Sarawak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ia melibatkan PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, FELDA Umas, Kalabakan, dan SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak.
PKPD berkenaan akan berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
Berikut perincian 6 lokasi PKPD berkenaan:
PKPD PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 48 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 15 orang daripadanya disahkan positif COVID-19.
• KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta membendung penularan dalam kalangan penduduk di kawasan terlibat.
PKPD PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini juga telah melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 27 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
• KKM mengesahkan penularan jangkitan berlaku di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di PPR Bt. 8 Jalan Apas, Tawau, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat dan seterusnya untuk mengekang penularan COVID19 ke komuniti luar.
PKPD di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah.
• Sehingga kini, KKM telah melakukan 103 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
• KKM mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis dan Tanaki), Kinabatangan, Sabah bermula 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal terhadap kontak rapat dan penduduk yang terlibat untuk mengelakkan penularan COVID-19 ke komuniti luar.
PKPD SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Balingian, Sibu, Sarawak.
• Sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif telah direkodkan hasil daripada 201 ujian saringan dijalankan ke atas penghuni dan pelajar sekolah tersebut.
• KKM juga memaklumkan berlaku peningkatan kes di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD adalah untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes disyaki COVID-19 selain menyekat penularan jangkitan dari kawasan berisiko ke kawasan lain luar
di lokaliti tersebut.
PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini COVID-19 di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah.
• Sehingga kini, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah direkodkan hasil daripada 52 ujian saringan dilakukan KKM di lokaliti tersebut.
• KKM juga memaklumkan masih berlaku penularan kes di lokaliti itu dan terdapat 19 ujian saringan masih menunggu keputusan.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di FELDA Umas, Kalabakan, Sabah berkuat kuasa 28 April sehingga 11 Mei 2021.
• Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk lokaliti yang berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan PKPD dan tidak menjangkiti komuniti di luar PKPD serta pengesanan awal untuk diasingkan secepat mungkin.
Dalam pada itu, berikut PKPD yang ditamatkan dan dilanjutkan:
Penamatan PKPD Politeknik Mukah, Sarawak
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Politeknik Mukah, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 6 Mei 2021.
• Sepanjang tempoh itu, sebanyak 264 kes positif COVID-19 telah direkodkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hasil daripada 1,703 keseluruhan ujian saringan dilakukan.
• KKM juga memaklumkan semua kontak rapat kes positif telah dikenal pasti dan diasingkan di pusat kuarantin yang disediakan. Selain itu, semua penghuni Politeknik Mukah telah disaring sebanyak dua kali dengan kes terakhir dilaporkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Politeknik Mukah, Sarawak pada 28 April 2021, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Penamatan PKPD di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga perkampungan dan taman perumahan di Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.
• Ketiga-tiga perkampungan dan perumahan tersebut iaitu Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Fasa Dua Taman Semarak, Mukim Sri Tanjung, dan Kampung Tanjung Batu Keramat.
• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 265 ujian saringan dan lapan (8) positif COVID-19 di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balun, Fasa Dua Taman Semarak, 160 ujian saringan (9 positif) manakala di Kampung Tanjung Batu Keramat, 102 ujian saringan (24 positif).
• KKM mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke PKRC.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di ketiga-tiga lokaliti tersebut pada 28 April 2021 seperti yang dijadualkan.
Pelanjutan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah
• Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah yang dijadualkan tamat esok, 28 April 2021.
• Sehingga ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 847 ujian saringan, 23 daripadanya disahkan positif COVID-19.
• Selain itu, KKM memaklumkan, masih terdapat banyak sampel ujian saringan sedang menunggu keputusan serta penularan masih berlaku di lokaliti ini.
• Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah bermula 29 April sehingga 12 Mei 2021.
Astro Awani
Tue Apr 27 2021
Lima lokasi di Sabah dan satu di Sarawak dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). - Gambar Fail
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.
Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.
Empat kali diserang strok, Azman Warren bangkit jadikan nyanyian sebagai terapi jiwa
Penyanyi yang terkenal menerusi album Karma ini menyifatkan peluang kedua yang diberikan Allah SWT untuk meneruskan hidup tidak akan disia-siakannya.
Jaga penampilan, lelaki usah nampak selekeh
Harus diakui golongan lelaki di Malaysia semakin menerima, memahami dan bersikap lebih terbuka terhadap fesyen.
Hari Tanpa Kenderaan julung kali dianjur di Taiping
Program dianjur dengan hasrat mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya selain mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida hingga mencemarkan alam sekitar.
SPM 2021 dalam norma baharu di seluruh negara berjalan lancar
Turut dibenarkan menduduki SPM 2021 pada sidang kedua nanti adalah calon-calon yang disahkan positif COVID-19.
COVID-19: Pakar syor PKP sementara secara berstrata menurut kumpulan berisiko
Kerajaan disyorkan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sementara bagi mengekang ledakan jangkitan COVID-19.
PKPD Felda Chemomoi, Bentong ditamatkan esok
Penamatan itu dibuat mengikut jadual asal, selepas PKPD bermula 28 Januari lalu.
Malaysia pertimbang buka sektor pelancongan antarabangsa - PM
Jelas Ismail Sabri, sesetengah negara lain juga didapati telahpun mengurangkan SOP yang dikenakan sebelum ini bagi membolehkan pelancong memasuki negara mereka.