ALOR SETAR: Seramai enam lagi pelajar Maktab Mahmud Sik disahkan positif COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pelajar di maktab itu yang terlibat kes tersebut berjumlah 30 kes setakat semalam, di bawah Kluster Dah Pelangi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pertambahan itu berlaku selepas seramai 44 individu warga maktab itu membuat ujian saringan COVID-19.
"Daripada saringan itu, seramai 14 individu dilaporkan negatif, seorang pelajar dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Kulim dan masih belum dibenarkan pulang, manakala seorang lagi dirawat di Hospital Sik, tetapi sudah dibenarkan pulang pada Jumaat lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: 24 pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19
Pada Jumaat lepas, Dr Mohd Hayati dalam laporan media dipetik sebagai berkata Jabatan Kesihatan Negeri Kedah melaporkan kluster pendidikan membabitkan 24 pelajar Maktab Mahmud, Taman Pelangi Jaya, Sik yang disahkan positif COVID-19.
Kluster itu membabitkan pelajar asrama lelaki yang dikesan selepas beberapa pelajar berkenaan didapati mengalami gejala bermula pada 28 Nov lepas.
Semua pesakit berada pada kategori satu dan mereka dikuarantin di asrama serta dilaporkan stabil dan kesemua pelajar yang positif sudah lengkap divaksin kecuali seorang pelajar berikutan tidak mendapat kebenaran warisnya.
"Sekolah ini diberikan cuti seminggu, pelajar yang tinggal di asrama akan kekal di asrama dan yang lain di kediaman masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021

Dr Mohd Hayati berkata pertambahan itu berlaku selepas seramai 44 individu warga maktab itu membuat ujian saringan COVID-19. - Gambar hiasan/ Astro AWANI

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Enam lagi pelajar Maktab Mahmud Sik positif COVID-19
Seramai enam lagi pelajar Maktab Mahmud Sik disahkan positif COVID-19 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pelajar di maktab itu yang terlibat kes tersebut berjumlah 30 kes setakat semalam.