KUALA LUMPUR:Sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.46 tengah hari, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai serta Seputeh bergegas ke lokasi.
Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Sharul Azwan Ibnu Sahad berkata, kebakaran membabitkan sebuah van dan lima kereta yang di parkir perumahan berkenaan.
"Tindakan operasi pemadaman kebakaran telah dilakukan oleh 21 anggota bagi mengawal kebakaran," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, sebuah van jenis Mitsubishi Delica dan kereta Perodua Myvi musnah terbakar 100 peratus.
"Perodua Bezza terbakar 80 peratus, Toyota Vios terbakar 40 peratus, Perodua Kelisa dan sebuah lagi Perodua Myvi masing-masing terbakar 20 peratus.
"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 12.59 tengah hari," katanya.
Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.
Sinar Harian
Wed Feb 17 2021
Sebanyak enam kenderaan musnah dalam kebakaran di Blok D Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria di sini pada Rabu. -Foto Sinar Harian
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Enam kenderaan di parkir PPR Pantai Ria terbakar
Kebakaran membabitkan sebuah van dan lima kereta yang di parkir perumahan berkenaan.