SEBUAH tren kargo 43 gerabak pelbagai muatan tergelincir di Stesen Kereta Api Tanjung Malim, Perak pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata, dalam kejadian pada pukul 6.55 pagi itu, enam gerabak terakhir tren berkenaan tergelincir ketika sedang melalui stesen tersebut.
"Tren tersebut dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Ipoh dengan membawa pelbagai barangan termasuk tekstil dan peralatan kejuruteraan.
“Insiden itu telah mengakibatkan satu landasan terhalang. Bagaimanapun, perkhidmatan tren penumpang masih beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, tiada kemalangan nyawa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.
“Semua agensi berkaitan termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah dimaklumkan.
“Siasatan juga telah dijalankan ke atas pemandu tren dan pembantunya yang terlibat dalam insiden itu,” tambahnya.
Mengulas lanjut, Kamarulzaman memberitahu, kakitangan KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pengalihan gerabak ke lokasi yang lebih selamat.
“Ini bagi membolehkan kerja-kerja membaiki landasan dilakukan serta-merta.
“Selain itu, ia bagi memastikan operasi tren-tren penumpang tidak terjejas apabila beroperasi sepenuhnya selepas tempoh PKP nanti,” jelasnya.