NEW YORK: Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berkata mereka mendakwa enam orang, termasuk bekas pengurus rumah mayat Sekolah Perubatan Harvard, dengan pemerdagangan mayat manusia yang dicuri, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Menurut pendakwa raya Pennsylvania, enam tertuduh dan seorang wanita yang sebelum ini didakwa di Arkansas, adalah sebahagian daripada "rangkaian seluruh negara" yang "membeli dan menjual mayat manusia yang dicuri dari Harvard dan rumah mayat Arkansas".
Peguam AS Gerard Karam berkata pendakwaan itu mendakwa, dari 2018 hingga 2022, pengurus bilik mayat untuk Program Hadiah Anatomi di Sekolah Perubatan Harvard, yang dinamakan sebagai Cedric Lodge berusia 55 tahun, telah mencuri sebahagian daripada mayat yang didermakan untuk penyelidikan dan pendidikan perubatan sebelum jadual pembakaran mayat mereka.
Logde dan isterinya, juga dinamakan dalam pendakwaan, kemudian menjual mayat. Menurut pendakwa raya, Lodge membenarkan dua daripada tertuduh lain memasuki Sekolah Perubatan Harvard "memeriksa mayat sebelum memilih apa yang hendak dibeli".
Insiden serupa juga melibatkan Candace Chapman Scott yang didakwa di Daerah Timur Arkansas kerana mencuri sebahagian mayat yang sepatutnya dia bakar dari majikannya, bilik mayat dan krematorium di Little Rock, ibu kota Arkansas, menurut pendakwa raya.
"Sesetengah jenayah tidak difahami. Kecurian dan pemerdagangan mayat manusia menyerang pada intipati apa yang menjadikan kita manusia.
"Amat menyedihkan bahawa begitu ramai mangsa di sini secara sukarela membenarkan jasad mereka digunakan untuk mendidik profesional perubatan dan memajukan kepentingan sains dan penyembuhan. Bagi mereka dan keluarga mereka untuk diambil kesempatan atas nama keuntungan adalah mengerikan," kata Karam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Enam tertuduh dan seorang wanita yang sebelum ini didakwa di Arkansas, adalah sebahagian daripada "rangkaian seluruh negara" yang "membeli dan menjual mayat manusia yang dicuri dari Harvard dan rumah mayat Arkansas". - Gambar hiasan
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Enam didakwa pemerdagangan mayat manusia, sebahagian dicuri dari Harvard
Pendakwa raya AS pada Rabu berkata mereka mendakwa enam orang, termasuk bekas pengurus rumah mayat Sekolah Perubatan Harvard, dengan pemerdagangan mayat manusia yang dicuri, lapor Agensi berita DPA.