Enam buah unit kedai dan tujuh buah rumah di Dataran Syahbandar, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Timbalan Penguasa Bomba, Che Shaari Abdullah berkata sehingga kini, ketika berita ini ditulis, kerja-kerja pemadaman api yang bermula pada 9.40 malam, masih berjalan namun keadaan terkawal.
Katanya, lebih daripada 52 anggota bertungkus lumus menghentikan api daripada merebak dan melibatkan lima buah balai termasuk bomba Marang, Jalan Kota dan Kuala Terenganu.
Antara kedai yang terlibat ialah kedai gunting rambut, butik dan kedai perkakas binaan.
"Kebakaran bermula dari kedai dan kami masih buat siasatan lagi...kepantasan api merebak adalah kerana ada sesetengah rumah daripada kayu dan bangunan yang terlalu rapat. Ditambah pula dengan faktor angin yang bertiup di tepi pantai.
Bercakap kepada pemberita di sini, Che Shaari berkata, usaha memadamkan kebakaran yang telah memakan masa lebih daripada dua jam itu tidaklah sukar namun keadaan tekanan air yang rendah membantutkan usaha mereka.
Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang bergegas ke tempat kejadian berkata, beliau amat terkejut dengan kejadian itu namun tetap bersyukur kerana tiada nyawa terkorban.
"Pihak bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran kerana sehingga kini (12 tengah malam) masih ada lagi 30 peratus api.
"Ada sedikit masalah tekanan air dan kita telah meminta bantuan pihak Syarikat Air Terengganu (SATU) untuk membantu bagi memastikan api dapat dipadamkan sepenuhnya.
"Saya ucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat dan kita akan lihat bagaimana kerajaan boleh membantu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 16 2017
Usaha memadamkan kebakaran itu telah memakan masa lebih daripada dua jam.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
Malaysia catat eksport produk halal berjumlah RM45.04 bilion setakat Januari-September 2024
Keupayaan Malaysia untuk menguasai pasaran halal masih terbatas kerana pengeluaran sijil halal oleh Jakim di Malaysia masih rendah.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.