Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan empat suspek warga negara Yaman yang ditahan pada 26 Februari di Serdang dan Cyberjaya, merancang untuk menyerang Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.
Khalid berkata, kumpulan itu disyaki menganggotai sebuah kumpulan pemberontak di negara berkenaan merancang berbuat demikian sewaktu pemimpin negara Arab Saudi itu mengadakan lawatan di ibu negara.
Bagaimanapun rancangan mereka itu gagal apabila ditahan polis.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati keempat-empat suspek itu turut terbabit dalam aktiviti sindiket pemalsuan dokumen perjalanan susulan penemuan pelbagai pasport antarabangsa ketika serbuan dilakukan.
"Mereka terlibat dalam pengedaran dadah, mengeluarkan dokumen perjalanan palsu dan merancang menyerang kerabat Arab Saudi semasa lawatan diraja itu baru-baru ini," katanya.
Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Penguatkuasaan Dadah Antarabangsa (IDEC) - Rantau Timur di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada Selasa.
Pada Ahad, polis telah menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga tempatan selepas disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas menerusi beberapa siri serbuan di Selangor dan ibu negara pada 21 hingga 26 Februari lepas.
Kesemua tujuh suspek berusia antara 28 hingga 41 tahun yang ditahan itu terdiri daripada empat lelaki warga Yemen, serta seorang warga Indonesia, Asia Timur dan warga tempatan.
Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab VIA - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Seorang suspek yang ditahan turut disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963.
Astro Awani
Tue Mar 07 2017
Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan empat suspek warga negara Yaman yang ditahan pada 26 Februari lalu merancang menyerang Raja Arab Saudi. - Gambar fail
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Empat warga Yaman rancang serang Raja Salman - KPN
Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan empat suspek warga negara Yaman yang ditahan pada 26 Februari di Serdang dan Cyberjaya, merancang untuk menyerang Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud.