KANGAR: Empat lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, pada Jumaat atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Wang Kelian, Padang Besar pada 2015.
Namun, tiada pengakuan direkodkan dari keempat-empat tertuduh, Arun Kaeofainok, 30, Amree Nesalaeh, 58, Jehpa Lapi-E, 56, dan Somphon A-Dam, 51, yang diekstradisi ke Malaysia, selepas hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Thai di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Mengikut kertas pertuduhan, Amree, didapati menjalankan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar bernama Zedul Islam antara Februari hingga April 2013 di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Padang Besar.
Manakala, tiga tertuduh lain pula melakukan penyeludupan migran terhadap seorang lelaki warga Myanmar, Mohd Belal antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015 sekitar jam 5.30 pagi di Bukit Wang Burma, Wang Kelian di Padang Besar.
Kesemua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dimana sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Lee Jun Keong, Muhammad Asyraf Md Kamal dan Suloshani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tiada wang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Manakala 25 Julai hadapan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Tertuduh menjadi antara 10 individu yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan orang dan penemuan kubur di Wang Kelian, Perlis pada 2015.
Malah, waran tangkap juga dikeluarkan kepada tertuduh sebelum ini seorang warga Bangladesh dikeluarkan sejak 2016 oleh Mahkamah Sesyen Kangar.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jun 23 2023
Empat lelaki warga Thailand dibawa ke Mahkamah Sesyen Kangar, pada Jumaat atas pertuduhan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di Wang Kelian. - Foto Astro AWANI
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Semangat membara Soon Huat-Shevon
Kejayaan mara ke separuh akhir WTF di China pertengahan bulan ini sebagai pencapaian yang tidak pernah mereka gambarkan.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
KLCC Holdings akan majukan tanah di Bandar Malaysia
Ia adalah tapak bekas pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi, di Kuala Lumpur.
RCI Wang Kelian: Panel pertikai kredibiliti saksi kelima
Saksi kelima itu, DSP M. Joeking Maniam Anthony pernah ditahan SPRM pada 2015 berkaitan kes penyeludupan diesel, beras dan daun ketum.
'Saya beri arahan musnahkan khemah, bukan hapuskan bukti'
Sesi RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian Perlis masuk hari kelima pada hari ini (Rabu).