Ingat MH370?
Empat tahun berlalu sejak berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 menggemparkan dunia, sehingga hari ini masih belum terungkai misteri yang menyelubunginya.
Namun, ia sama sekali tidak pudar apatah lagi lupus dalam ingatan terutamanya ahli keluarga mangsa yang masih berharap mereka akan bertemu jawapan, cepat mahupun lambat.
Hari ini berlangsungnya Majlis Tahunan Memperingati MH370 kali keempat di The Square, Publika yang dianjurkan dan dihadiri para ahli keluarga mangsa, media tempatan dan luar negara serta orang ramai yang prihatin dan mengikuti kisah hitam ini.
Boleh kata kelihatan wajah-wajah yang sama, konsep majlis yang kurang lebih sama, aturcara yang tidak banyak berbeza daripada penganjuran sebelumnya.
Namun Voice370, kumpulan yang tertubuh daripada inisiatif para waris mangsa di Malaysia tetap gigih menganjurkannya kerana mesejnya masih dan tetap sama – untuk memastikan obor harapan itu tidak akan terpadam, untuk mencari sebab musabab kejadian supaya ia menjadi rujukan dan pengajaran agar tidak akan berlaku lagi insiden seumpamanya kelak.
Grace Nathan antara sosok penting yang menggerakkan Voice370, sibuk sejak pagi sehingga berakhirnya majlis untuk memastikan segalanya berjalan lancar, begitulah dia sejak kali pertama majlis peringatan itu diadakan empat tahun lepas.
Dia dan bapanya, V.P.R.Nathan, yang kehilangan ibu serta isteri, Anne Daisy yang bersama 238 penumpang dan anak kapal lain yang sedang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac 2014, masih merasakan detik hitam itu seperti baru sahaja berlaku.
"Kehidupan diteruskan, bagun pagi, pergi kerja, lalui rutin harian, tetapi pada masa sama apabila saya merancang majlis ini sejak beberapa minggu lepas, bahagian hidup saya yang pegun sejak empat tahun lepas itu kembali menghantui.
"Setiap kali saya menulis atau menaip perkataan 'Tahun Keempat Majlis Memperingati MH370', saya masih tidak percaya bahawa sudah empat tahun ia berlaku, kerana segala yang terjadi seperti baru berlaku empat jam, empat hari yang lalu," katanya.
Tempoh empat tahun mungkin cukup lama untuk derita mereda, namun hakikatnya puluhan tahun pun belum tentu dapat memadamkan keperitan yang terpaksa mereka lalui apabila mendapati insan tersayang hilang begitu sahaja.
Begitu K.S. Narendran, yang kehilangan isterinya, Chandrika dalam penerbangan tersebut, sehingga terbitnya buku 'Life After MH370: Journeying Through The Void' sebagai luahan dan perkongsiannya dalam menempuh kekosongan dalam kehidupannya.
"Saya menulis sebagai satu cara saya menguruskan rasa kehilangan. Banyak buku berkenaan peristiwa ini ditulis secara penyiasatan, saintifik, teknikal tetapi tidak dari perspektif seorang ahli keluarga mangsa dan bagaimana hidup seseorang yang telah menderita daripada sebuah tragedi yang besar.
"Sehingga hari ini, saya masih mencari makna 'moving on'. Ya, empat tahun satu tempoh yang panjang, tetapi saya menyedari bahawa masih ada kehidupan di hadapan dan memori terhadap mereka yang tidak lagi bersama kita perlu dijadikan semangat untuk kita lakukan sesuatu dengan kehidupan yang masih tersisa ini," luahnya.
Selepas hampir setahun pencarian dihentikan, ia digerakkan kembali atas usaha tripartite untuk menggunakan khidmat syarikat peneroka dasar laut Amerika Syarikat, Ocean Infinity untuk meneruskan misi di kawasan sasaran di Laut Hindi bermula Januari tempoh hari dalam tempoh 90 hari, atas dasar 'tiada penemuan, tiada bayaran'.
Ketua Pasukan Bertindak MH370, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman turut hadir memaklumkan hadirin tentang perkembangan terkini pergerakan kapal Seabed Constructor yang kini sudah memasuki zon kedua pencarian merangkumi 10,000 kilometer persegi.
Usaha itu sedikit sebanyak menyalakan kembali sinar harapan untuk mereka, walapun ramai antara waris enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi, selepas bertahun kecewa.
"Kalau terlalu teruja dan untuk menyatakan bahawa saya yakin kali ini, takut saya akan sekali lagi perlu menanggung kekecewaan yang lebih besar.
"Tetapi saya benar-benar berharap ia dapat ditemui, itu yang terbaik saya boleh lakukan," jelas Grace.
Terjawab atau tidak, kehidupan perlu diteruskan.
Hanya harapan, percaya, dan usaha untuk beransur pulih daripada derita ditanggung yang menggagahkan mereka untuk terus melangkah.
Israr Khalid
Sat Mar 03 2018
Suasana pilu sewaktu Majlis Memperingati Tragedi MH370 di ruang legar Publika hari ini. Tragedi kehilangan Pesawat MH370 telah berlalu selama empat tahun. - BERNAMA
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.