KUALA LUMPUR: Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN) mengenal pasti empat spesies kelip-kelip berkumpulan yang sedang diancam kepupusan.
Dalam kenyataan bersama pada Khamis, kumpulan pakar itu mengenal pasti perkara tersebut selepas membuat penilaian status empat spesies kelip-kelip berkumpulan dengan menggunakan kriteria Senarai Merah IUCN.
Menurut kenyataan itu kelip-kelip Comtesse (Pteroptyx bearni), kelip-kelip sayap bengkok serentak (Pteroptyx malaccae), kelip-kelip serentak sempurna (Pteroptyx tener) dan kelip-kelip sayap bengkok tidak serentak (Pteroptyx valida) kesemuanya disifatkan berstatus 'rentan'.
Kenyataan itu memaklumkan Asia Tenggara merupakan kawasan yang paling sempurna bagi menyaksikan kelipan cahaya daripada kelip-kelip terutama daripada genus Pteroptyx, yang secara umumnya dikenali sebagai kelip-kelip berkumpulan.
"Suatu ketika dahulu serangga ini begitu banyak ditemui di hutan bakau di Asia Tenggara, namun spesies itu kini berdepan risiko kepupusan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Monash University Malaysia, Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Suruhanjaya Kemandirian Spesies (SSC) IUCN dan Pusat Kemandirian Spesies Global.
Menurut kenyataan itu antara ancaman utama terhadap kelip-kelip berkumpulan di Asia Tenggara ialah kehilangan dan kemerosotan habitatnya selain pencemaran cahaya, perubahan iklim serta aktiviti pelancongan entomo (serangga).
Oleh itu, sebagai langkah menangani ancaman tersebut adalah penting untuk memasukkan kelip-kelip dalam pelan tindakan pengurusan bagi meminimumkan kesan kehilangan dan kemerosotan habitat paya bakau.
"Usaha untuk mengurangkan pencemaran cahaya di habitat kelip-kelip boleh dilakukan dengan melaksanakan peraturan pencahayaan atau semudah mematikan lampu apabila tidak digunakan.
"Kesan perubahan cuaca ke atas habitat kelip-kelip pula boleh ditangani dengan memperluaskan inisiatif alam sekitar dan mengawal selia serta memantau aktiviti pelancongan entomo yang boleh membantu mengurangkan kesan negatif ke atas populasi kelip-kelip," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengerusi Bersama Kumpulan Pakar Kelip-Kelip Dr Wan Faridah Akmal Jusoh berkata hanya satu peratus daripada sejumlah spesies yang diketahui di Asia Tenggara telah dinilai, tetapi apa yang membimbangkan kesemuanya berisiko mengalami kepupusan dalam tempoh terdekat.
"Ini sepatutnya menjadi satu amaran. Kita perlu meneruskan usaha penilaian terhadap spesies kelip-kelip yang masih tinggal bagi membolehkan kita merancang langkah pemuliharaan dengan lebih baik," katanya yang juga Pensyarah Kanan di Monash University Malaysia.
Terdapat lebih 2,200 spesies kelip-kelip yang telah dikenal pasti di seluruh dunia, dengan rantau Asia Tenggara dan Indo-Pasifik sahaja mempunyai sekurang-kurangnya 400 spesies serangga yang menakjubkan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Menurut IUCN, suatu ketika dahulu serangga ini begitu banyak ditemui di hutan bakau di Asia Tenggara, namun spesies itu kini berdepan risiko kepupusan. - IUCN SSC Firefly Specialist Group
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Cari bakat dengan kemahiran baharu lebih sukar daripada cari pelaburan – ALP Wahed Ventures
Ahli Lembaga Pengarah Wahed Ventures, Noor Amy Ismail berkata mencari bakat dengan kemahiran baharu yang diperlukan oleh industri ketika ini adalah lebih sukar berbanding mendapatkan pelaburan untuk masuk ke dalam negara. Jelasnya, antara punca kepada cabaran tersebut adalah kerana sukar mencari institusi pendidikan yang boleh memberikan latihan yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
Empat spesies kelip-kelip diancam kepupusan - Pakar
Perkara itu dikenal pasti selepas membuat penilaian status empat spesies kelip-kelip berkumpulan menggunakan kriteria Senarai Merah IUCN.
Janin manusia antara sampah di Sungai Selangor yang pernah dikutip Masbudi
Percaya atau tidak, antara sampah yang pernah dikutip Masbudi termasuklah lampu isyarat trafik, mesin basuh, malah janin manusia.
TNB sedia RM5.8 juta untuk pembangunan habitat kelip-kelip
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan peruntukan sebanyak RM5.8 juta untuk penyelidikan dan pembangunan habitat kelip-kelip di seluruh negara bagi tempuh tiga tahun, sejak 2017.