KUANTAN: Empat penghuni sebuah rumah termasuk seorang kanak-kanak perempuan terselamat apabila sempat keluar menyelamatkan diri selepas rumah mereka di Felda Jengka 10, Maran, terbakar pada Khamis.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kebakaran yang dilaporkan jam 8.50 pagi itu, rumah dihuni keluarga itu gagal diselamatkan apabila mengalami kemusnahan hampir 80 peratus.
Menurutnya, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka bergegas ke lokasi untuk operasi pemadaman.
"Kerja-kerja pemadaman menggunakan dua aliran hos dari tangki pam jentera.
"Pemeriksaan lanjut dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang," katanya.
Ismail bagaimanapun berkata, punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 23 2022

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran rumah dihuni empat sekeluarga di Felda Jengka 10, Maran pada Khamis. -Foto Sinar Harian

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Empat sekeluarga nyaris maut rumah hangus dalam kebakaran
Punca kebakaran dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.