Empat sekeluarga maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki bertembung dengan sebuah bas ekspres dua tingkat di Kilometer 81 Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kampung Kubang Rusa di sini, awal pagi tadi.
Pemandu kereta Ahmad Nor Sallahuddin Ahmad Zamberi, 28, dari Pengkalan Chepa, Kelantan yang merupakan seorang tentera dan pernah bertugas di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Majidee, Johor Baharu, maut di tempat kejadian.
Sementara isterinya, Azian Ismail, 32, bersama sepasang anak mereka, Ahmad Abinubli Ahmad, 3, dan anak perempuannya, Airis Auta yang bakal mencecah usia setahun pada 13 Dis depan, meninggal dunia di Hospital Gua Musang, Kelantan semasa menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan berkata kemalangan berlaku pada 2.30 pagi ketika mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas tersebut.
"Siasatan awal mendapati jalan di situ berselekoh dan berbukit namun keadaan terang kerana ada lampu jalan," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, pemandu bas konsortium E-Mutiara Berhad, Che Zaidi Che Hamid, 40, bersama seorang pembantu dan 47 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis kini sedang mengesan tempat kerja terkini Allahyarham Ahmad Nor Sallahuddin memandangkan mangsa dilaporkan tidak lagi bertugas di Kem Majidee.
Mayat Ahmad Nor Sallahuddin dihantar ke Hospital Daerah Lipis dan kesemua mangsa dijangka akan dibedah siasat pagi ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Bernama
Fri Nov 21 2014
Kemalangan berlaku pada 2.30 pagi ketika mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan. - Gambar fail
Keuntungan Netflix meningkat berikutan peningkatan bilangan pelanggan
Keuntungan konglomerat hiburan dalam talian Netflix meningkat pada suku kedua, mengatasi jangkaan Wall Street, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat itu pada Khamis
Analisis pasaran saham FBM KLCI sepanjang minggu ini
Sepanjang minggu ini, FBM KLCI naik 0.9% atau 15 mata, berakhir pada 1,634 mata, paras penutup tertinggi sejak Mac 2021. Kenaikan ini didorong oleh jangkaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan menurunkan kadar faedah dan data ekonomi positif dari Malaysia.
Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
OIC kecam rang undang-undang antinegara Palestin oleh Knesset Israel
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk keras kelulusan Knesset Israel baru-baru ini terhadap rang undang-undang yang menolak penubuhan negara Palestin.
Ekonomi: DOSM unjur KDNK ST2 2024 tumbuh 5.8 peratus
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.8 peratus pada suku tahun kedua 2024, meningkat daripada 4.2 peratus pada suku tahun sebelumnya. Itu anggaran awal yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini. Pertumbuhan yang dicatatkan ini adalah yang tertinggi semenjak suku keempat 2022 (7.4%).
Arepresentasi bekas setiausaha UMNO bahagian ditolak
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan penulis blog Sang Kelembai untuk menggugurkan pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik mengenai urusan pembelian vaksin menerusi laman Facebook.
[TERKINI] Operasi pencarian bahan bukti di Sungai Trolak dihentikan sementara
Operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak dihentikan jam 12.30 tengah hari Jumaat berikutan kenaikan paras air akibat hujan lebat.
Khutbah khas: Peranan penting YDPA lestari perpaduan, pastikan pentadbiran negara terurus
Yang di-Pertuan Agong termasuk dalam Ulil Amri atau pemimpin yang wajib ditaati seperti yang difirmankan Allah SWT dalam Surah al-Nisa ayat 59.
3 lelaki didakwa bunuh, bakar rakan kerana hutang
Tiga lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh rakan mereka yang mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan semak samun berhampiran Empangan Semenyih, Selangor, bulan lalu.
Olimpik Paris: Ini barisan bintang bakal warnai acara bola sepak
Acara bola sepak Sukan Olimpik menawarkan barisan nama pemain bertaraf bintang yang berpeluang untuk mencipta sejarah dan memenangi pingat emas.
Kanak-kanak perempuan melecur terkena seterika
Seorang kanak-kanak perempuan melecur di bahagian badan akibat terkena seterika dalam kejadian dekat sebuah rumah di Ara Damansara pada Isnin.
Seorang parah, seorang cedera kereta terbabas di Sungai Siput
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.18 pagi, di Jalan Jalong, Sungai Siput.
APAD batal lesen pengendali syarikat bas terlibat kemalangan di Genting Highlands
Keputusan dibuat selepas syarikat itu gagal mematuhi syarat lesen mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan pemanduan secara berbahaya.
Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS
Kelindan berusia 25 tahun itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.
Paris 2024: Nur Aisyah pulih sepenuhnya dari kecederaan
Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah pulih sepenuhnya untuk beraksi di Olimpik Paris 2024 selepas terlibat dalam kemalangan ketika menyertai pertandingan di Belgium pada 16 Jun lalu.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, di sini, pada Ahad.
Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.
Nahas dua kereta di Jalan Jelapang ragut satu nyawa
Seorang lagi mangsa cedera dalam kemalangan antara kereta Proton Waja dan Nissan Ad Resort, malam tadi.
Pemandu treler maut tersepit di tempat duduk
Kemalangan di Kilometer 62, Lebih Raya Utara Selatan, awal pagi itu melibatkan dua buah treler.
Penunggang motosikal maut digilis lori treler
Siasatan mendapati mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori treler namun bergesel dengan sebuah lagi lori lain di laluan sama.