BESUT: Polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian di sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.
"Siasatan telah dijalankan dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan dua anak, ibu serta adik lelaki pengadu telah pergi ke Pulau Perhentian pada 29 September lalu dan telah menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar jam 8 pagi pada 1 Oktober lalu.
"Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada 29 dan 30 September lalu dan pengendali bot memaklumkan telefon ibu dan adik pengadu telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Abdul Rozak berkata, mangsa telah menaiki bot sekitar jam 8 pagi dan tiba di jeti Kuala Besut sekitar jam 9 pagi.
Katanya, mangsa juga ada memberitahu akan ke Batu Buruk di Kuala Terengganu setelah keluar dari Pulau Perhentian.
"Pihak polis diberitahu mangsa menggunakan kereta jenis Proton Saga BLM warna biru muda dengan nombor pendaftaran JRW6380.
"Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan yang digunakan mangsa telah dikesan bergerak keluar dari pekan Kuala Besut menuju ke arah jambatan Seberang Kastam sekitar jam 10.06 pagi pada 1 Oktober lalu.
"Bagaimanapun, sehingga kini kesemua mangsa masih gagal dihubungi dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan kesemua mangsa," katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nur Izzati Arina di talian (017-3792157) atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut (09-6956222) atau mana-mana balai polis berdekatan.
Katanya, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan.
Pada Isnin, tular hantaran oleh seorang pemilik akaun Facebook yang meluahkan kebimbangan mengenai kehilangan dua anak, ibu serta seorang adik lelakinya yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 03 2023
Tangkap layar video yang dikongsikan seorang pengguna media sosial memberitahu mengenai kehilangan ahli keluarganya yang tular sejak malam Isnin. -Foto Sinar Harian
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Disangka hilang, empat sekeluarga selamat pulang ke rumah
Empat sekeluarga yang sebelum ini dilaporkan 'hilang' selepas bercuti di Pulau Perhentian selamat pulang ke pangkuan keluarga di Kluang, Johor.
Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.