PONTIAN: Kemeriahan Syawal bagi empat keluarga di Kampung Seri Bunian, di sini bertukar suram selepas empat rumah yang disewa mereka musnah terbakar pada malam Hari Raya Aidilfitri kedua.
Ketika kejadian kira-kira 11 malam pada Ahad itu, semua penghuni rumah terbabit sedang tidur sebelum seorang daripada mereka terjaga selepas melihat api di bahagian dapur rumah.
Mangsa, Nur Suhaila Mohd Hapiz, 13, berkata, ibunya Aminah Borhan, 44, menyedari kejadian itu dan bertindak mengejutkan anak-anak dan jiran.
"Saya bersama dua orang adik berusia tiga dan sembilan tahun serta kakak berusia 15 tahun bergegas keluar dari rumah selepas dikejutkan ibu.
"Api yang marak dengan cepat menyebabkan kami sekeluarga tidak sempat untuk menyelamatkan semua barangan yang berada di dalam rumah," katanya ketika ditemui Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Seri Bunian di sini, pada Isnin.
Lebih menyedihkan, Nur Suhaila berkata, bapanya Mohd Hapiz Marian, 48, terpaksa dikejarkan ke Hospital Pontian kerana mengalami sakit dada selepas mengetahui rumah terbakar.
"Sewaktu kejadian saya tiada di rumah kerana berada di rumah kawan berbincang tentang kerja. Ayah kerja buruh.
"Selepas panggilan daripada ibu yang beritahu rumah terbakar, ayah terkejut dan sakit dada. Ayah dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan," katanya.
Nur Suhaila yang belajar di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, risau tentang buku dan pakaian sekolahnya yang hangus terbakar.
"Saya bawa pulang semua pakaian sekolah kerana cuti Aidilfitri agak panjang. Ada juga buku rujukan yang saya bawa untuk belajar di rumah.
"Sekarang semuanya musnah terbakar, kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang," katanya.
Penduduk, Mohd Shahrul Hazween Md Shah,37, memberitahu, dia bersama penduduk yang lain cuba memadam kebakaran menggunakan air paip, namun tidak berjaya apabila empat kediaman itu musnah dijilat api.
"Ketika kejadian, saya sedang mengemas warung yang terletak lebih kurang 50 meter dari kediaman yang terbakar itu.
"Saya panggil penduduk yang lain untuk padam kebakaran tetapi api cepat marak kerana binaan rumah daripada kayu," katanya.
Ketua Kampung Kawasan 7, Kampung Seri Bunian, Mohd Jahidin Parman berkata, empat keluarga membabitkan 11 mangsa tersebut kini ditempatkan di PPS Dewan Muafakat Kampung Seri Bunian.
Jelasnya, pelbagai bantuan telah disalurkan pemimpin setempat dan agensi kerajaan bagi meringankan beban keluarga yang terlibat dalam insiden kebakaran itu.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Pegawai Bomba Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 11.02 malam.
Katanya, seramai 24 anggota bomba dari BBP Pontian, Pontian Baru dan Pekan Nanas bersama tiga jentera pemadam (FRT) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.
"Semasa operasi pemadaman dilakukan, terdapat seorang anggota BBP Pontian telah mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terpijak paku, anggota tersebut telah diberikan rawatan awal dan dihantar ke Hospital Pontian.
"Operasi ditamatkan pada jam 12.54 malam," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 24 2023

Ketika kejadian kira-kira 11 malam Ahad itu, semua penghuni rumah terbabit sedang tidur sebelum seorang daripada mereka terjaga selepas melihat api di bahagian dapur rumah. - Gambar/ Sinar Harian
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Tragedi balik kampung beraya: Kanak-kanak lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung datuknya di Kampung Sungai Limau, di sini, lemas ketika mandi di sungai berdekatan Pam Loji Sungai Limau pada Khamis.

Empat rumah hangus dijilat api pada malam raya kedua
Empat rumah hangus dijilat api pada malam raya kedua

Tragedi menjelang Aidilfitri: Dua beranak maut di Putrajaya
Seorang wanita dan anak lelakinya berusia dua tahun maut apabila kereta jenis perodua Myvi dinaiki mereka, terbabas di Persiaran Timur dari arah Kajang menghala Pinggiran Putra di sini, hari ini.