Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu, sekolah yang sama.
Kejadian dilaporkan berlaku sejak April hingga awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam, di rumah masing-masing.
"Kejadian terbabit terbongkar selepas ibu mangsa yang merupakan seorang kerani berumur 34 tahun dipanggil oleh guru sekolah anaknya dan kemudian dimaklumkan kemungkinan anaknya menjadi mangsa rogol," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Abdul Wahib berkata ibu mangsa kemudian membawa anaknya yang berumur 13 tahun itu ke balai polis tiga hari lepas bagi membuat laporan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat pelajar itu sehingga Selasa depan.
Polis masih sedang mencari seorang lagi pelajar untuk membantu siasatan.
Bernama
Wed Aug 17 2016
Menurut Wahib, kesemua remaja lelaki berumur antara 13 dan 15 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi semalam. - Gambar fail
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Pengendali mesin pengorek maut tertimbus dalam runtuhan tanah
Kejadian berlaku ketika mangsa menjalankan kerja-kerja menggali tanah bukit di sebuah tapak pembinaan rumah.
Bas terbakar dekat Batu Pahat, 30 pelancong China hadapi detik cemas
Seramai 30 pelancong China berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka terbakar di KM92.1 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara Ayer Hitam-Yong Peng, dekat Batu Pahat, hari ini.
Empat pelajar sekolah di Batu Pahat ditahan bantu siasatan rogol pelajar tingkatan satu
Empat pelajar sebuah sekolah di Batu Pahat ditahan reman mulai semalam bagi membantu siasatan kejadian rogol melibatkan pelajar perempuan Tingkatan Satu.