MELAKA: Kerajaan negeri menerusi empat pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membangun dan menaik taraf produk pelancongan baharu terutama yang berkonsepkan ekopelancongan sebagai persediaan Tahun Melawat Melaka 2024.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata ia termasuk perancangan mewujudkan zoo safari di Bukit Langsat, Jasin dengan kawasan seluas 114 hektar.
"Kita akan menaik taraf taman rekreasi, pembangunan semula Pantai Klebang dan Pantai Puteri selain produk pelancongan baharu di Zoo Melaka seperti rumah reptilia dan muzium haiwan yang diawet.
"Kita juga akan memberi tumpuan dalam aspek keceriaan dan kebersihan serta pengindahan landskap di kawasan sekitar sebagai usaha memberi perkhidmatan terbaik untuk menarik pelancong," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Terdahulu, beliau menyempurnakan penyerahan bendera dan simbolik pelepasan dua kakitangan PBT di Melaka yang akan menyertai ekspedisi mendaki ke Annapurna Base Camp, Nepal dari 25 Feb hingga 11 Mac ini.
Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Rosemanizam Mohammed Nalif dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) Saifuddin Abdul Karim.
Kakitangan yang menyertai ekspedisi itu ialah Penolong Jurutera Jabatan Kejuruteraan MPJ Mahdhar Mohd Noh, 35, dan Pengarah Bangunan MPAG Abdul Rahman Nordin, 51.
Mereka turut membawa misi mengibarkan bendera PBT masing-masing di puncak gunung setinggi 4,130 meter dari aras laut itu dengan jangkaan jarak pendakian naik dan turun sejauh 150 kilometer selama 10 hari.
Abdul Rahman berkata mereka melakukan persediaan rapi sejak beberapa bulan lepas bagi memastikan tahap fizikal kekal cergas dan mampu menamatkan ekspedisi selama 15 hari itu.
Beliau berkata antara persediaan yang dilakukan ialah mendaki Bukit Beruang dan Gunung Datuk di Negeri Sembilan selain mengamalkan petua mengunyah bawang putih mentah sebelum ekspedisi bagi mengelakkan risiko mabuk gunung akut (AMS) sewaktu pendakian.
"Pendakian di gunung yang melebihi ketinggian 2,500 meter juga terdedah kepada AMS iaitu sejenis penyakit ketinggian yang boleh menyebabkan kematian selain cabaran berdepan kecederaan otot yang serius ketika mendaki dan cuaca sejuk melampau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
![Empat PBT tumpu usaha bangun, naik taraf produk ekopelancongan baharu Empat PBT tumpu usaha bangun, naik taraf produk ekopelancongan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611307098_ZooMelaka.jpg)
Pekerj-pekerja Zoo Melaka memberi sayur kobis kepada gajah. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
SPRM tahan penguat kuasa PBT minta rasuah pemilik restoran letak kerusi, meja di parkir
SPRM menahan seorang pegawai penguat kuasa sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada pemilik restoran.
![Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679411145_TBANWARjpg.jpg)
Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.
![MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau' MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674660860_TBangpau.jpg)
MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.
![Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615497122_SulaimanMdAli.jpg)
Melaka tempatkan polis jaga pematuhan SOP bazar Ramadan
Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka yang mempunyai kuasa juga sedia mengeluarkan kompaun.
![Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600244112_datukseri.jpg)
Ingkar PKPP: 'Datuk Seri', 'Datuk' ditahan selepas bergelut dengan polis
Kesemua mereka yang berusia 27 hingga 41 tahun didakwa tidak berpuas hati selepas pihak polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
![PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41600155090_ISMAILSABRI.jpg)
PKPP: PBT kini sertai polis dan tentera dalam Task Force Pematuhan SOP
Dengan penyertaan PBT, lesen pemilik premis perniagaan yang masih degil boleh dibatalkan serta-merta.
![PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598513116_IsmailSabri.jpg)
PBT sertai operasi, ini lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan
PBT akan sertai Task Force Operasi Pematuhan, agar lesen pemilik premis yang ingkar PKP dapat dibatalkan serta-merta.
![DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599204837_UjiAir.jpg)
DPIM gesa tindakan tegas terhadap pencemar sungai di Selangor
Siasatan awal mendapati punca pencemaran adalah disebabkan kilang yang gagal melakukan penstoran sisa minyak buangan mengikut syarat.
![Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71590983319_rumahdimasukiair.jpg)
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.
![Peniaga pasar borong akur waktu perniagaan dipendekkan Peniaga pasar borong akur waktu perniagaan dipendekkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71584874756_CovidTerengganu.jpg)
Peniaga pasar borong akur waktu perniagaan dipendekkan
Para peniaga mula mengemas dan mencuci premis perniagaan mereka seawal 8.30 pagi dan semua premis perniagaan ditutup sepenuhnya pada 9 pagi.