LABUAN: Pantai Tanjung Aru, Lubok Temiang, Nagalang dan Pohon Batu kini menjadi tempat santuari dan menetas bagi spesies penyu hijau (Chelonia mydas) susulan penemuan reptilia itu baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata trend pendaratan penyu di sekitar pulau itu didapati telah berubah dari taman laut ke pesisir pantai.
"Kami mengenal pasti pantai-pantai ini telah menjadi lokasi pendaratan penyu hijau selepas penduduk kampung dan pemancing menemukan reptilia itu mendarat.
"Sejak Januari hingga Sabtu lepas (18 Februari) tiga ekor penyu hijau ditemukan di pantai Tanjung Aru," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada dua individu yang menemukan reptilia itu pada tahun ini.
Faizal Ibrahim berkata pada 29 Oktober tahun lepas, seorang penduduk kampung di pantai Pohon Batu menemukan sarang penyu karah dengan 55 anak penyu yang baru menetas.
"Selepas menerima laporan daripada ketua kampung tentang penemuan itu, kami segera mengumpulkan anak penyu itu dan menempatkannya di Pusat Konservasi Penyu di Pulau Rusukan Besar sebelum melepaskan ia ke laut," katanya.
Faizal Ibrahim berkata berdasarkan trend baharu pendaratan penyu, pihaknya akan menubuhkan 'renjer penyu' melibatkan penduduk kampung pada tahun ini.
"Kami akan melantik beberapa penduduk kampung sebagai renjer untuk memantau pendaratan penyu dan melindungi haiwan marin itu di kawasan masing-masing.
"Kami akan memohon peruntukan untuk tujuan ini kerana kami percaya trend penyu mendarat (di empat pantai ini) akan berterusan," katanya.
Beliau juga berkata Jabatan Perikanan Labuan mengalu-alukan penjualan telur penyu kepada jabatan itu (berdasarkan nilai pasaran semasa) untuk menghalang penjualan secara haram haiwan marin itu yang tergolong dalam spesies terancam.
Faizal Ibrahim berkata lebih 22,000 anak penyu yang menetas di (pulau Kuraman, Rusukan Besar dan Rusukan Kecil) telah dilindungi dan dikonservasi oleh jabatan itu (dari 2015 hingga sekarang) dengan sekurang-kurangnya 98 peratus telah dilepaskan ke laut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Trend pendaratan penyu di sekitar pulau itu didapati telah berubah dari taman laut ke pesisir pantai. - Gambar hiasan/Pixabay
Tumpuan Rabu – 25 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
American Airlines tarik balik pemberhentian penerbangan sementara
Menerusi hantaran media sosial di X, syarikat tersebut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku serta akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
Bekas ketua dadah Mexico dibebaskan dari penjara Amerika Syarikat
Ochoa dihantar pulang oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan kini diisytiharkan bebas daripada sebarang tuduhan undang-undang.
10 Berita Pilihan - (24 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Menara Eiffel akan dibuka secara berperingkat
Namun begitu, menurut kenytaan media syarikat yang menguruskan menara itu berkata, pengunjung hanya diberikan akses sehingga tingkat dua.
12 maut, empat cedera kilang bahan letupan meletup
Menurut Menteri dalam Negeri Ali Yerlikaya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti punca letupan itu berlaku.
Polis Marin rekod hasil rampasan tertinggi libatkan kontraban
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan nilai rampasan kira-kira RM216 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.
Dongeng Sang Kancil sentuhan moden cerita rakyat
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan watak popular cerita rakyat menerusi filem ‘Dongeng Sang Kancil’.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
Pengasas dan Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi berkata, lebih membanggakan, ia merupakan filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Model adaptasi kaji iklim, bencana mampu buat ramalan lebih tepat
Mendepani dua dekad Tsunami yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, Universitas Syiah Kual, Aceh melakukan pengadaptasian model perubahan iklim yang menggabungkan kajian perubahan iklim dan bencana.
Empat pantai Labuan, santuari bagi penyu hijau
Trend pendaratan penyu di sekitar pulau itu didapati telah berubah dari taman laut ke pesisir pantai.
Perhilitan pantau kehadiran buaya di pantai Labuan
Bukan tugas yang mudah untuk memastikan seluruh pantai Labuan bebas daripada kehadiran buaya.