KUALA LUMPUR : Sebanyak lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah dan Pahang berkuat kuasa mulai 8 September.

Ini lima tumpuan kenyataan media Majlis Keselamatan Negara hari ini (6 September): 

1. PKPD di Kota Belud, Sabah melibatkan Kampung Pantai Emas dan Kampung Lentigi mulai Rabu (8 September).

2. PKPD di Kudat, Sabah melibatkan Kampung Mompilis, Matunggong mulai Rabu.

3. PKPD di Ranau, Sabah melibatkan lokaliti Kampung Pahu Pinawantai mulai Rabu.

4. PKPD turut dikenakan di Lipis, Pahang bagi lokaliti Kampung Dusun Pak Senam, Mukim Ulu Jelai pada Rabu ini.

BACA: COVID-19: 17,352 kes baharu, Sarawak paling tinggi

5. Kesemua kawasan PKPD akan ditamatkan pada 21 September.

BACA: COVID-19: Majoriti kes kategori 1 dan 2, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM