TELUK INTAN: Polis memberkas empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri buah kelapa sawit di Kampung Selabak, dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua suspek yang berumur antara 22 hingga 42 tahun itu diberkas ketika mereka cuba melarikan diri dengan sebuah lori.
Menurutnya, kira-kira jam 4 pagi, pengadu, seorang pengawal keselamatan yang bertugas di rem sawit Kampung Selabak, terlihat sebuah motosikal memasuki kawasan itu dan berpatah balik.
“Selepas pengadu ternampak motosikal tersebut, pengadu kemudian terdengar pula bunyi jentera yang kuat memasuki kawasan rem.
"Pengadu kemudiannya telah membuat pemeriksaan di kawasan rem dan ternampak sebuah lori dengan beberapa lelaki telah mengambil buah sawit di dalam rem sawit tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, pengadu kemudian telah menghubungi pihak polis untuk memberitahu kejadian yang telah berlaku.
Ahmad Adnan berkata, kira-kira jam 4.10 pagi, pihak polis telah menerima maklumat dari orang awam menyatakan ada sebuaj lori telah masuk ke kawasan rem di Jalan Padang Tembak.
Katanya, bertindak di atas maklumat itu, sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan sekitar kawasan Teluk Intan telah pergi ke kawasan rem sawit tersebut dan telah terserempak dengan empat lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang memasukkan buah sawit ke bahagian belakang lori.
“Anggota polis telah menghampiri lori tersebut untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba kesemua suspek telah masuk ke dalam lori untuk melarikan diri,” ujarnya
Bagaimanapun, katanya, anggota yang mengekori suspek hingga ke jalan keluar (jalan pintasan LHDN Teluk Intan) telah berjaya menahan lori berkenaan.
Kesemua suspek itu yang masih bujang telah direman di mahkamah Majistret Teluk Intan selama empat hari mulai hari ini sehingga 3 Mac ini untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Feb 28 2022

Polis memberkas empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri buah kelapa sawit di Kampung Selabak, dekat sini, pagi ini. - Foto ihsan PDRM

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Empat lelaki diberkas curi buah sawit
Polis memberkas empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri buah kelapa sawit di Kampung Selabak, dekat sini, pagi Isnin.