KUALA LUMPUR:Empat lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan tapak bina di ibu negara.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tapak bina berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa yang dikenal pasti melalui saringan bersasar di tapak bina berkenaan.
"Kluster Tapak Bina Kiara melibatkan daerah Kepong iaitu kes positif bermula 21 Dis melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan dengan sejumlah 372 individu disaring dan 13 kes dikesan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Beliau berkata Kluster Tapak Bina Perkasa pula di daerah Cheras dengan kes positif bermula 22 Dis melalui saringan bersasar melibatkan 451 individu dan 11 kes dikesan positif COVID-19.
Dr Noor Hisham berkata dua kluster lain ialah Kluster Cassia Diamond di Selangor dan Pulau Pinang serta Kluster Pompod di Sabah.
BACA: COVID-19: Kes kekal empat angka, Selangor tertinggi 10 hari berturut-turut
Kluster Cassia Diamond melibatkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang.
"Kes indeks bagi kluster ini dilaporkan positif pada 24 Dis melalui saringan individu bergejala dengan sejumlah 76 individu disaring dan 25 kes dikesan positif COVID-19," katanya.
Kluster Pompod di daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah pula dengan kes indeksnya dilaporkan positif pada 13 Dis melalui saringan individu bergejala dengan 216 individu disaring dan 19 kes dikesan positif, katanya.
Dr Noor Hisham berkata enam kluster tamat hari ini iaitu Kluster Tanamera, Kluster Jalan Kalabakan, Kluster Seri Terapi, Kluster Seri Pasir, Kluster Astaka dan Kluster Tembaga.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan tinjauan amalan normal baharu secara dalam talian mulai 25 hingga 30 Nov melibatkan 36,841 responden, bertujuan mengenal pasti amalan normal baharu dalam kalangan komuniti di negara ini.
"Hasil tinjauan mendapati majoriti responden sentiasa mengamalkan kawalan kendiri bagi pencegahan COVID-19, iaitu memakai pelitup muka sebanyak 93.3 peratus, menjaga jarak fizikal (89.6 peratus), dan mencuci tangan dengan air serta sabun atau hand sanitizer (89.7 peratus).
"Hasil tinjauan juga mendapati 93.8 peratus responden berani menegur ahli keluarga untuk memakai pelitup muka, berani menegur ahli keluarga untuk menjaga jarak fizikal (90.1 peratus) dan berani menegur ahli keluarga untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer (90.8 peratus)," katanya.
Beliau berkata berkaitan dengan teguran kepada rakan-rakan pula, didapati 82.2 peratus responden menyatakan mereka berani menegur rakan mereka untuk memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal (79.4 peratus) serta mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer (79.2 peratus).
Dr Noor Hisham berkata bagaimanapun, jika teguran itu melibatkan orang lain, hanya 57.3 peratus responden berani menegur untuk memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal (59.6 peratus) serta untuk mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer (56.7 peratus).
"Hasil tinjauan ini merupakan satu dapatan yang amat positif dan memberangsangkan sekali gus menunjukkan masyarakat di negara ini mempunyai kawalan kendiri yang tinggi.
"Segala perubahan bermula dengan diri sendiri dan ia merupakan langkah pertama dalam segala kejayaan termasuk kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 25 2020

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua kluster tapak bina berkenaan ialah Kluster Tapak Bina Kiara dan Kluster Tapak Bina Perkasa yang dikenal pasti melalui saringan bersasar di tapak bina berkenaan. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu

73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.

42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.

COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.

Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.

Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.

COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.

PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.