PUTRAJAYA: Empat kereta terbabas selepas tong dibawa sebuah lori terjatuh mengakibatkan minyak pelincir tertumpah dalam kejadian di susur menghala ke Jalan Persiaran Timur, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.53 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 41 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Kajang, Selangor.
"Semasa melalui jalan itu, satu tong tidak berikat yang dibawa lori terbabit telah terjatuh hingga akibatkan minyak tertumpah di atas jalan.
"Tumpahan minyak itu mengakibatkan empat kereta jenis Perodua Myvi, Proton Savvy, Perodua Axia dan Mercedes Benz terbabas," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata, tiada kecederaan pada kesemua pemandu dalam insiden itu, namun kesemua kenderaan mengalami kerosakan.
Katanya, polis telah merakam keterangan terhadap kesemua pemandu terlibat.
"Pemandu lori terbabit telah dikenakan tindakan saman mengikut Rule 92A LN 170/59," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 13 2023

Antara kereta yang terlibat kemalangan di susur menghala ke Jalan Persiaran Timur, Putrajaya pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Cloudflare AI Labyrinth kelirukan bot curi data laman web
AI Labyrinth boleh diaktifkan secara percuma oleh pelanggan Cloudflare.

Farid Kamil akhirnya lepaskan Diana Danielle
Aktor dan pengarah, Farid Kamil Zahari akhirnya bersetuju melepaskan isterinya, Diana Danielle pada pagi Isnin.
#AWANIRingkas 24 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Mac 2025
1️⃣ Makin pulih, mangsa berkurang 3,893 orang
2️⃣ Rayuan AGC didengar hari ini
3️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
#awaniringkas
1️⃣ Makin pulih, mangsa berkurang 3,893 orang
2️⃣ Rayuan AGC didengar hari ini
3️⃣ Ismail Sabri sambung beri keterangan
#awaniringkas

'Air tangan' Aidilfitri tirai besi terima sambutan luar biasa
Biskut raya dan makanan sejuk beku yang dipasarkan disifatkan bukan hanya memiliki kualiti premium, tetapi juga lebih murah berbanding di luar.

Bursa Malaysia catat kenaikan tetapi kemudian merosot disebabkan sentimen lemah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas.

Mahkamah Korea Selatan tolak pemecatan PM Han Duck-soo
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada Isnin menolak pemecatan Perdana Menteri Han Duck-soo, sekali gus mengembalikannya ke jawatan sebagai pemangku presiden di tengah-tengah ketidaktentuan politik

Sekatan Israel terhadap bekalan kemanusiaan dorong krisis kelaparan akut di Gaza - UNRWA
Kepungan yang menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan, air dan bahan api ke wilayah Palestin, kini berlangsung lebih lama.

Lelaki maut dalam kebakaran rumah di Labuan
Seorang lelaki berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi ini.

Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu tamat - MetMalaysia
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan dan Terengganu yang dikeluarkan MetMalaysia pada Sabtu lepas ditamatkan.

Ringgit dibuka tinggi susulan jangkaan impak terhad daripada tarif AS
Malaysia dijangka akan menjadi antara negara yang paling kurang terjejas oleh pelaksanaan tarif timbal balas kerajaan AS.

Empat kereta terbabas, minyak pelincir tumpah
Beliau berkata, tiada kecederaan pada kesemua pemandu dalam insiden itu, namun kesemua kenderaan mengalami kerosakan.