Empat lagi individu yang merupakan jurujual telefon ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.
Tangkapan terhadap mereka dibuat sepasukan anggota polis di premis berkenaan petang tadi menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang ditangkap akibat kesalahan merusuh dalam kejadian itu sebanyak 24 orang.
Jumlah ini termasuk seorang anggota polis bantuan berpangkat konstabel yang ditahan pada tengah hari Selasa di sekitar ibu negara.
Menurut sumber polis, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Anggota berpangkat konstabel itu ditahan reman tiga hari sehingga Khamis ini.
Sementara itu menurut laporan The Star, ketibaan anggota polis untuk membawa kira-kira 30 orang mencetuskan panik di premis berkenaan.
Memetik seorang saksi, polis mula menahan pekerja daripada beberapa kedai sehingga memaksa kedai yang tidak mempunyai pekerja itu ditutup sementara.
Keadaan kemudiannya kembali tenang dan terkawal selepas dimaklumkan pengawal keselamatan plaza berkenaan.
Sebahagian besar mereka yang ditahan kemudiannya dibenarkan kembali ke tempat kerja.
Terdahulu Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, kira-kira jam 11.30 pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat.
Dia yang lebih dikenali sebagai "Ali Tinju" ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana membuat ucapan berbaur perkauman di luar plaza itu pada Ahad malam.
Tangkapan pada Selasa menjadikan keseluruhan individu yang ditangkap adalah 25 orang membabitkan kesalahan merusuh dan Akta Hasutan.
Astro Awani
Tue Jul 14 2015
![Empat jurujual telefon bimbit ditahan kerana merusuh Empat jurujual telefon bimbit ditahan kerana merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436786464_GARISANPOLIS.jpg)
Empat jurujual telefon ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Jurujual rugi hampir RM1 juta ditipu pelaburan saham dalam talian
Orang ramai perlu berwaspada dan membuat semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.
![Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680755129_TanMinChun.jpg)
Jurujual didakwa pandu melulu hingga sebabkan kematian
Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di Parit Sulong, di sini, akhir bulan lepas.
![Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak hingga mati dilanjut Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak hingga mati dilanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664720899_TBKAMARUL.jpg)
Reman jurujual, pembantu rumah dera kanak-kanak hingga mati dilanjut
Kedua-dua suspek disambung reman mulai esok hingga 16 Okt untuk melengkapkan siasatan dengan lebih terperinci.
![Jurujual dipenjara 6 bulan curi duit tabung surau Jurujual dipenjara 6 bulan curi duit tabung surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661337292_TBCURIMASJIDjpg.jpg)
Jurujual dipenjara 6 bulan curi duit tabung surau
Seorang jurujual dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana mencuri duit tabung surau.
![Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623827339_TBGARI.jpg)
Dua lelaki cuba ragut rantai leher wanita diberkas
Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, wanita berusia 23 tahun itu sedang membersihkan kawasan di belakang kedainya.
![Kereta terbabas, terbalik atas Jambatan Pulau Pinang Kereta terbabas, terbalik atas Jambatan Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618479477_keretaterbabaster.jpg)
Kereta terbabas, terbalik atas Jambatan Pulau Pinang
Seorang jurujual terselamat selepas kereta Perodua Axia yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, pagi Khamis.
![Lagi laporan cabul babit pengamal perubatan alternatif sama Lagi laporan cabul babit pengamal perubatan alternatif sama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61570522575_Cabul.jpg)
Lagi laporan cabul babit pengamal perubatan alternatif sama
Polis menerima dua lagi laporan cabul membabitkan seorang eorang pengamal perubatan alternatif ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu.
![Samun lebih RM3 juta di lebuh raya: Polis rakam keterangan perakam video, tujuh lain Samun lebih RM3 juta di lebuh raya: Polis rakam keterangan perakam video, tujuh lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600813381_ACPZAIRULNIZAM.jpg)
Samun lebih RM3 juta di lebuh raya: Polis rakam keterangan perakam video, tujuh lain
Kes samun kira-kira 3.35 petang berkenaan melibatkan kerugian sejumlah RM67,000 wang tunai, barang kemas bernilai RM3 juta beserta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.
![Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591435233_TiadaMajlisPerka.jpg)
Tiga lelaki samun, tumbuk jurujual dalam lif ditahan
Tiga lelaki berusia 24 hingga 32 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini sejak Khamis hingga Ahad hasil risikan dan intipan dijalankan polis selepas kejadian tersebut.
![Jurujual jam, pelajar kolej ditahan di Ipoh kerana hina Islam Jurujual jam, pelajar kolej ditahan di Ipoh kerana hina Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/41587338804_jurujualpelaharko.jpg)
Jurujual jam, pelajar kolej ditahan di Ipoh kerana hina Islam
Polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD menahan suspek lelaki berusia 20 tahun itu di Taman Kledang, Menglembu, pukul 11.15 malam pada Sabtu, sebelum menahan rakan sebayanya, di Taman Silibin Ria.