SHAH ALAM: Polis menahan empat individu termasuk dua warga asing yang disyaki terlibat dengan eksploitasi buruh paksa kalangan pekerja asing, pada Selasa lepas dalam satu operasi di kawasan Kampung Sungai Udang, Klang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata dalam operasi pada 6.30 petang itu, polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing lingkungan umur 38 hingga 43 tahun yang merupakan ejen pekerjaan.
Dalam operasi itu, Cha berkata mangsa seramai enam individu termasuk tiga wanita warganegara asing berumur dalam lingkungan 24 hingga 44 tahun telah diselamatkan di bawah Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan merampas 20 pasport dan wang tunai sebanyak RM13,600 yang dipercayai gaji pekerja.
"Siasatan menunjukkan kesemua mangsa terdedah eksploitasi kerja paksa di sebuah kilang simen oleh pihak ejen pekerjaan.
"Pihak ejen disyaki telah menguruskan pekerjaan dan mengawal pembayaran gaji kepada kesemua mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesemua mangsa telah dijanjikan pekerjaan di kilang dengan tawaran gaji yang lumayan semasa berada di negara asal dan apabila tiba di Malaysia, kos perjalanan dan pasport telah dipotong dari gaji setiap bulan.
Cha berkata pasport kesemua mangsa ditahan oleh pihak ejen dan tiada permit kerja sah sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak ejen semasa di negara asal selain mangsa juga disyaki telah dipaksa kerja lebih masa untuk membayar balik segala kos perjalanan dan pasport.
Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 12 ATIPSOM 2007 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966.
"Majistret Mahkamah Klang meluluskan reman ke atas semua suspek selama enam hari, sehingga 15 Ogos ini dan pihak polis masih menjalankan siasatan dan akan melengkapkan kertas siasatan dalam tempoh terdekat," katanya
Operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian D3 ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman yang diketuai Ketua Penolong Pengarah D3 SAC Fadil Marsus bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 11 2022

Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan serta seorang lelaki dan seorang wanita warga asing lingkungan umur 38 hingga 43 tahun yang merupakan ejen pekerjaan. -Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Empat individu ditahan terlibat eksploitasi pekerja asing di Klang
Kesemua mangsa dijanjikan pekerjaan di kilang dengan tawaran gaji lumayan semasa berada di negara asal.