Empat hotel di negeri ini telah diberikan nasihat sewajarnya oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Johor kerana didapati mengenakan larangan pemakaian tudung terhadap kakitangan wanitanya yang ditugaskan di bahagian perkhidmatan pelanggan.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R. Vidyanathan berkata nasihat dikeluarkan susulan pemeriksaan berkanun ke atas 15 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 Nov lepas.
"Hasil dapatan (pemeriksaan) menemukan 11 hotel membenarkan pemakaian tudung terhadap kakitangan di bahagian perkhidmatan pelanggan, manakala empat hotel selebihnya telah mengenakan larangan pemakaian tudung.
"Akibatnya, majikan ini telah diberikan nasihat sewajarnya dan jika ingkar, notis pematuhan akan dikeluarkan kepada majikan-majikan berkenaan agar isu ini tidak berlarutan pada masa datang," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.
Vidyanathan berkata dasar hotel yang tidak membenarkan pekerja wanita Islam memakai tudung jelas bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan semua orang adalah sama rata dan tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan berbeza agama, bangsa, keturunan, tempat lahir dan jantina.
Menurut beliau, Perkara 11 perlembagaan sama juga memperuntukkan seseorang berhak untuk bebas menganuti dan mengamalkan agamanya.
"Selain Perlembagaan Persekutuan, Kod Perilaku Keharmonian Perindustrian yang merupakan perjanjian bersama antara Kementerian Sumber Manusia dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia telah menyatakan bahawa menjadi kewajipan majikan untuk tidak mendiskriminasikan pekerja dan mewujudkan keharmonian di tempat pekerjaan.
"Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita Islam diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhentikan," katanya.
Beliau menambah mangsa diskriminasi juga boleh membuat aduan di mana-mana pejabat cawangan JTK yang berhampiran bagi tindakan lanjut.
Vidyanathan menegaskan kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan perpaduan dan menggunakan Muafakat Johor dalam segala aspek pentadbiran dan pembangunan negeri dan tidak mahu sama sekali isu sebegini menjejaskan keharmonian antara kaum.
Oleh itu, dalam dasar pengambilan pekerja tempatan yang kini dalam peringkat pelaksanaan oleh Unit Swasaya Insan Johor, beliau juga menjamin isu ini akan diambil kira bagi memastikan tiada diskriminasi turut dilaksanakan majikan dalam proses mengambil pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017
![Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41512043936_laranganbertudung.jpg)
Sekiranya terdapat mana-mana pekerja wanita Islam diberhentikan kerja atas sebab memakai tudung, mereka boleh memfailkan representasi di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dalam tempoh 60 hari dari tarikh diberhentikan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/41512043936_laranganbertudung.jpg)
Empat hotel larang kakitangan wanita bertudung, diberi nasihat Jabatan Tenaga Johor
Nasihat dikeluarkan susulan pemeriksaan berkanun ke atas 15 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di sekitar Johor Bahru pada 24 Nov lepas.