SEPANG: Dua kakitangan sebuah syarikat penerbangan kargo yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup keluar dadah seberat 200 kilogram (kg) ke New Zealand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata keempat-empat lelaki tempatan berusia lingkungan 34 hingga 59 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di KLIA dan sekitar Lembah Klang pada 22 Okt hingga 26 Okt.
Beliau berkata tangkapan dijalankan selepas pihak keselamatan Malaysia Airport Berhad mencurigai kandungan lima kotak yang dibawa lelaki yang dialamatkan ke Auckland, New Zealand.
"Polis kemudiannya memeriksa kotak berkenaan yang diisytiharkan sebagai barangan elektronik dan menemukan 180 bungkusan dadah jenis syabu seberat 200 kg dianggarkan bernilai RM8.1 juta.
Dua kakitangan sebuah syarikat penerbangan kargo yang ditahan berperanan sebagai pemudah cara untuk sindiket terbabit mengeksport dadah itu ke luar negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di sini hari ini.
Razarudin berkata siasatan awal polis mendapati sindiket terbabit melakukan empat penghantaran dadah keluar negara melalui modus operandi yang sama sejak April lepas.
"Polis kini mengumpul maklumat mengenai ketua dan saki-baki ahli sindiket ini dan kami percaya akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat," katanya.
Menurut Razarudin saringan air kencing mendapati seorang lelaki yang ditahan itu positif dadah jenis ganja dan kesemua mereka direman sehingga 5 Nov. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selain itu, polis turut menyita pelbagai aset milik mereka yang ditahan itu suspek yang dianggar bernilai RM234,955 antaranya sebuah Ford Ranger, wang tunai RM3,560 dan jam tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 01 2021
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Razarudin Husain ketika sidang media di Pusat Pengurusan Lapangan Terbang, hari ini. - Foto BERNAMA
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
2 warga India ditahan cuba seludup dadah bernilai RM717,000
Anggaran jumlah rampasan adalah RM717,000.
Warga Malaysia cuba seludup dadah di Sydney dijatuhi hukuman penjara 6 tahun
Seorang rakyat Malaysia yang cuba menyeludup methamphetamine bernilai lebih A$1 juta melalui Lapangan Terbang Sydney dijatuhi hukuman penjara enam tahun.