JOHOR BAHRU: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi dan merampas 81,400 liter bahan api itu di sebuah premis di Kawasan Perindustrian Plentong, Masai, di sini, semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar dalam kenyataan berkata kesemua individu berusia 32 hingga 43 tahun dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau itu ditahan pada 9.30 malam, hasil pemeriksaan yang dijalankan di premis itu.
"Pemeriksaan dilakukan kerana dipercayai terdapat aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi di premis tersebut dengan pemindahan dilakukan dari tangki skid ke dalam lori tangki dan seterusnya ke tangki IBC.
"Hasil pemeriksaan lanjut, polis berjaya menemukan tiga tangki skid, tiga tangki IBC yang mengandungi 81,400 liter minyak diesel bersubsidi itu," katanya.
Turut dirampas ialah lima pam bermeter, tiga pam tanpa meter serta hos yang disambungkan dengan beberapa buah lori, katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi di Kawasan Perindustrian Plentong, Masai. - Foto Facebook Polis Johor
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Empat ditahan dipercayai seludup diesel bersubsidi
Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi di Kawasan Perindustrian Plentong, Masai.