KLUANG:Empat beranak terpaksa mengalas perut dengan sekadar makan roti dan mi siput selepas terkandas 11 jam dalam kereta apabila laluan di Batu 17 dan 18, Jalan Kluang-Mersing, Kahang, dekat sini, ditenggelami air.
Abdul Aziz Jemain, 30, berkata dia dan isterinya, Khairiyatul Asma' Kamat, 30, dua anaknya berumur antara lapan bulan dan dua tahun sedang dalam perjalanan pulang daripada bercuti ke Bukit Pasir, Muar ketika terkandas di dalam kereta pada kira-kira 3 petang Sabtu sebelum diselamatkan pada 2 pagi Ahad.
"Kami tidak sangka laluan tersebut ditenggelami air (banjir). Mujurlah saya sempat membeli roti di Pekan Kahang dan kebetulan mempunyai kira-kira 30 balang stok mi siput untuk dijual di dalam kereta yang menjadi pengalas perut kami empat beranak.
"Pada mulanya kami dapat melepasi laluan di Batu 18 tetapi kemudiannya gagal melepasi Batu 17. Saya cuba berpatah balik ke Batu 18, tetapi kawasan itu pula sudah dinaiki air yang menyebabkan kami terkandas," katanya ketika ditemui pemberita di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sembrong, di sini.
Abdul Aziz yang merupakan guru di SMK Bukit Pasir, Muar berkata selain mereka sekeluarga, kira-kira 15 kenderaan melibatkan antara 30 dan 40 orang turut sama-sama terkandas di laluan tersebut.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang menerima lawatan Menteri Luar merangkap Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein di pusat pemindahan itu berkata sepanjang 11 jam berkenaan, dia amat risau kerana keadaan air yang semakin meningkat selain cuaca gelap.
"Saat paling mencabar pula adalah ketika proses perjalanan ke pusat pemindahan. Kami perlu menaiki sebuah bot bomba, kemudian berjalan kira-kira 500 meter dan seterusnya menaiki sebuah lagi bot bomba sebelum dapat menaiki trak ke pusat pemindahan ini.
"Mujurlah ketika terkandas dan dalam perjalanan itu, anak-anak tidak meragam," katanya yang mempunyai bekalan susu dan lampai pakai buang mencukupi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 03 2021
Abdul Aziz berkata, saat paling mencabar adalah ketika proses perjalanan ke PPS kerana mereka perlu menaiki bot bomba, kemudian berjalan kira-kira 500m, menaiki sebuah lagi bot bomba dan akhirnya menaiki trak ke PPS. --fotoBERNAMA
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
KPM siapkan panduan pengurusan bencana banjir hadapi Monsun Timur Laut
KPM memandang serius kebajikan dan keselamatan seluruh warga institusi pendidikan, dan telah melakukan persiapan awal mendepani banjir susulan MTL yang dijangka berlaku lebih awal kali ini.
Seramai 3,880 mangsa banjir masih berada di 28 PPS setakat pagi ini
Menurut laman sesawang rasmi Public Info Banjir, paras air di Sungai Bernam melebihi tahap bahaya manakala di Sungai Langat di Kuala Langat melebihi tahap waspada.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Jasin kembali banjir, 275 mangsa dipindah ke lima PPS
Daerah Jasin kembali terjejas banjir dengan 275 orang daripada 77 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan pagi ini, Perak, Johor kekal
Tiga pusat pemindahan baharu telah dibuka di daerah Baling awal pagi tadi yang menempatkan 33 orang daripada 14 keluarga.
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Banjir di Kedah pulih sepenuhnya dan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang
Tujuh PPS di Kota Setar ditutup hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang setakat 4 petang ini.