Hampir 60 peratus kebakaran kediaman yang berlaku pada musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara berpunca daripada elektrik, kata Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Amer Yusof.
Rekod jabatan itu menunjukkan kebakaran kediaman akibat elektrik dalam tempoh tersebut pada 2016 berjumlah 293 kes (56.7 peratus), 253 kes (54.8 peratus) pada 2017 dan meningkat kepada 365 kes (58.5 peratus) pada 2018, katanya.
Menurutnya, antara faktor yang dikenal pasti adalah penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat penyambungan terlalu banyak alat pada satu soket, wayar rosak atau terpintal dan kecuaian mengendalikan perkakasan elektrik seperti seterika.
"Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap atau terlampau panas.
"Letakkan alat pemanas seperti seterika pada jarak satu meter daripada sebarang benda mudah terbakar sebab kadang-kadang kita lupa tutup dan apabila ia terlalu panas boleh menyebabkan kebakaran," katanya kepada Bernama.
Amer turut menasihatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung supaya mencabut semua plug perkakasan elektrik daripada soket sebelum meninggalkan rumah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku semasa ketiadaan mereka.
"Ada yang anggap cukup sekadar menutup suis tetapi kadang-kadang walaupun suis itu tidak tutup sepenuhnya dan arus elektrik masih mengalir dan ada juga soket yang telah rosak menyebabkan litar pintas.
"Sebelum balik kampung beritahu jiran-jiran untuk tengok-tengokkan rumah supaya kalau berlaku kebakaran atau perkara tidak diingini, mereka boleh hubungi pihak bomba dengan segera," katanya.
Selain elektrik, Amer berkata hampir 20 peratus kebakaran musim perayaan berlaku akibat peralatan gas kerana kecuaian semasa memasak dengan 116 kes (18.6 peratus) direkodkan pada tahun lepas.
"Bila masak pada bulan puasa kita mudah letih, jadi ada yang meninggalkan dapur terlalu lama sampai terlupa. Jadi semasa masak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya," katanya.
Amer berkata faktor kebakaran lain pada musim perayaan termasuk penggunaan pelita atau lilin, bunga api atau mercun dan bara api tidak dipadamkan sepenuhnya.
Justeru, beliau menggalakkan supaya setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu alat pemadam kebakaran yang boleh didapati dengan harga antara RM120 hingga RM130 bagi seunit 9kg.
"Dari segi peraturan memang tidak diwajibkan, tetapi ia merupakan satu alat yang sangat berkesan untuk padam kebakaran. Bagaimanapun, kesedaran dalam kalangan masyarakat masih lagi rendah," katanya.
Dalam pada itu, Amer berkata Op Raya JBPM bagi Aidilfitri kali ini dari 29 Mei hingga 12 Jun turut menyelitkan kempen kesedaran kepada orang ramai di beberapa hentian rehat dan rawat (RnR) di seluruh negara.
"Pada tahun ini, pasukan bersedia di lebuh raya diminta bekerjasama dengan penyedia makanan di RnR untuk menyediakan satu tempat pameran dan membuat demonstrasi memadam kebakaran di dapur kepada para pengunjung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019
![Elektrik, kecuaian semasa memasak punca kebakaran meningkat musim perayaan Elektrik, kecuaian semasa memasak punca kebakaran meningkat musim perayaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51559358061_CrowdedExtension.jpg)
Antara faktor yang dikenal pasti adalah penggunaan tenaga elektrik berlebihan akibat penyambungan terlalu banyak alat pada satu soket.
![Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715172474_AzalinaOthman.jpg)
Kajian kebolehlaksanaan cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi dalam masa terdekat - Azalina
Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi cadangan pemerbadanan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) selaras dengan amalan terbaik global dalam masa terdekat.
Selangor perlu manfaatkan pembolehdaya dasar kerajaan
Memetik beberapa dorongan dan pembolehdaya dasar kerajaan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Strategi Pelaburan Hijau (GIS) yang dilancarkan baru-baru ini, jelasnya ia dapat membantu Selangor membangunkan industri pembuatan yang lestari.
UKM lancar perkhidmatan sihat @ UKM
Fakulti Sains Kesihatan (FSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan perkhidmatan baharu bagi meningkatkan tahap kesihatan masyarakat melalui program SIHAT @ UKM.
[TERKINI] Ikat jamin pasangan didakwa bekal pistol kepada warga Israel ditolak
Mahkamah Sesyen Kuala Selangor hari ini, menolak permohonan ikat jamin pasangan suami isteri yang didakwa membekalkan senjata api kepada seorang lelaki warga Israel pada Mac lalu.
Aksi atlet Malaysia bermula hari ini
Skuad memanah memulakan misi untuk meraih pingat dalam temasya Olimpik Paris 2024 dengan beraksi di pusingan ranking individu yang berlangsung hari ini.
![Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66 Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kukuh berbanding dolar AS, capai paras 4.66
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong minat belian dalam keadaan jangkaan penurunan kadar faedah oleh ekonomi utama.
![Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus
Indeks utama Bursa Malaysia mengalami penurunan sederhana untuk ditutup rendah pada Khamis, berikutan prestasi suram di Wall Street dalam tempoh semalaman yang turut mempengaruhi pasaran serantau.
Kerajaan pandang serius jenayah alam sekitar
Nik Nazmi menegaskan pihak industri hendaklah memainkan peranan penting dalam memastikan operasi kilang atau premis masing-masing memenuhi semua keperluan perundangan alam sekitar dan tidak akan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Malaysia gesa Myanmar hormati Konsensus Lima Perkara
Kesemua negara anggota ASEAN menerusi menteri luarnya hari ini bersetuju mewujudkan satu draf komuniti ASEAN 20 tahun yang akan bermula pada tahun hadapan sehingga 2045.
Polis siasat hubungan sesama suspek
Polis masih menjalankan siasatan berkaitan kes kehilangan kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui yang diculik Sabtu lalu.
![Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715243633_tbPemangkuSultanJo.jpg)
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
![Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714813714_YangdiPertuanAgon.jpg)
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
![MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714620629_TBasnaf.jpg)
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
![Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713954094_SelangorRoyalOffic.jpg)
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
![Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
![Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689497929_TBOnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
!['Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya 'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713136093_Alirantrafik.jpg)
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
![Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713082538_TBRAYASABAH.jpg)
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
![Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713002909_tbsesaklebuhraya.jpg)
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
![Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712998845_tbKemalanganKuanta.jpg)
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.