Elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan dikaji semula demi menjaga kebajikan anggota dan keluarga masing-masing.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kali terakhir elaun itu dikaji semula ialah pada tahun 2012.
Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
"Itu telah kita cadangkan iaitu dua kadar, untuk pegawai sekarang ini RM7.80 (sejam), kita cadangkan naik RM9.80.
"Satu lagi anggota biasa dari RM6 ke RM8," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Ulang Tahun Rela Ke-47 Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 di sini, pada Selasa.
Tema sambutan pada tahun ini adalah "Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat".
Ia terjemahan terhadap peranan dan fungsi warga Rela yang ditubuhkan pada 11 Jan 1972 untuk menjaga keselamatan dan harmoni negara.
Dalam pada itu, jelas Muhyiddin, penubuhan Briged Rela Siswa Siswi (Relasis) di 29 institusi pengajian tinggi awam dan swasta merupakan inisiatif untuk melebarkan jaringan aktiviti kesukarelawanan berteraskan keselamatan kepada anak-anak muda.
Pada majlis sama, Muhyiddin turut melancarkan aplikasi MyRELA Mobile 2.0 dan e-Penugasan RELA sebagai kemudahan kepada anggota dan masyarakat untuk mendapatkan informasi terkini dengan lebih pantas.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Insurans RELA berjumpah RM32,500 kepada waris Allahyarham Noor Azizah Abdul Aziz iaitu anggota Rela Daerah Kuala Langat yang meninggal dunia kerana kemalangan sewaktu bertugas pada 28 Julai tahun lalu.
Wan Syamsul Amly
Tue Feb 19 2019

Lebih seribu anggota Rela mengikuti ucapan Muhyiddin pada Majlis Sambutan Ulang Tahun RELA ke-47 di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Penyelia Rela dipenjara dua minggu kerana buat tuntutan palsu RM960
Bapa kepada 12 anak itu didapati membuat tuntutan penugasan palsu atas nama seorang wanita bagi bulan November 2021 berjumlah RM960.

Guru terperanjat nama didaftarkan sebagai anggota RELA sejak 2011
Seorang guru sekolah menengah membuat satu laporan polis setelah mendapati namanya didaftarkan sebagai anggota RELA.

Syarat ketat pemilikan senjata api
Hanya individu yang benar-benar memerlukan dan berkelayakan sahaja akan diluluskan pemilikan lesen dan permit senjata api.

Sambutan Hari Malaysia 2020: Jangan hadir jika tidak diundang - KP Sibu
Orang ramai yang tidak diundang untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia 2020 di Stadium Tertutup Sibu diingatkan untuk tidak menghadirkan diri ke acara tersebut.

Hasrat pegawai RELA derma darah tidak tercapai
St John Ambulance Malaysia menganjurkan program derma darah selama tiga hari di 23 lokasi di Kuala Lumpur dan sembilan negeri lain dari 29 hingga 31 Mei.

Polis buru dua lelaki beruniform RELA rompak kedai emas di Taiping
Polis memburu dua lelaki yang memakai uniform anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang disyaki terlibat dalam satu kes rompakan sebuah kedai emas di Pokok Asam, di sini hari ini.

Lepas gian di perairan Kuala Kedah: Daripada 42 nelayan diuji, 39 positif dadah
39 orang nelayan ditahan dalam Operasi Rintis Perdana di perairan Kuala Kedah hari ini.

Elaun Rela akan dikaji semula
Elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia akan dikaji semula demi menjaga kebajikan anggota dan keluarga masing-masing.

Sukarelawan Mantap, Biro IPTS UMNO prihatin mangsa banjir
Tindakan segera Kerajaan Persekutuan dibantu agensi berkaitan dalam misi bantuan banjir di Pulau Pinang membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membela kebajikan rakyat.

Anggota Rela disogok diminta lapor SPRM - TPM
Tiga anggota Rela diminta membuat laporan kepada SPRM selepas didakwa disogok oleh lelaki bergelar Datuk Seri.