KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju elaun bertugas 'on-call' pegawai perubatan  diperluas kepada pegawai perubatan di enam klinik projek rintis mengatasi kesesakan fasiliti kesihatan awam.

“Elaun tambahan diberikan kerana sekarang ini elaun-elaun ini tidak termasuk bagi yang bertugas di klinik kesihatan atau jabatan kecemasan.

“Maka oleh itu, saya ingin umumkan kerjaan bersetuju bahawa elaun bertugas selepas waktu pejabat, yang on-call di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital.

“Waktu perluasan dipanjangkan merangkumi hari pelepasan mingguan kepada enam klinik kesihatan yang terlibat dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan hospital kerajaan,” katanya.

Tambahnya, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan mengkaji kemudahan itu dipanjangkan kepada semua kakitangan.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin, menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH - Tuaran) yang bertanya mengenai elaun tersebut.