SERDANG: Pihak yang terlibat secara langsung dalam ekosistem pengeluaran dan penjualan minyak masak diminta agar tidak menyorok atau mencatut produk itu berikutan penetapan harga maksimum pada RM34.70 bagi botol lima kilogram yang berkuat kuasa esok.
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna.
"Jangan kerana harga minyak akan turun, kita mula sorok barang. Ia tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita selepas melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyorok produk itu ketika ia dijual pada harga murah sekali gus mengundang kegusaran bekalan minyak masak menjadi terhad di pasaran.
Annuar turut mengingatkan mereka agar tidak terlibat dalam aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang dan meminta semua pihak mematuhi keputusan kerajaan apabila sesuatu barangan atau komoditi dimasukkan dalam senarai harga maksimum.
Beliau juga berkata impak positif kerjasama rentas agensi terserlah apabila terdapat pasar raya yang mula menurunkan harga bagi minyak masak botol tidak bersubsidi walaupun penetapan harga siling bagi produk itu berkuat kuasa esok.
"Setakat ini, saya berpuas hati kerana selepas pengumuman harga maksimum untuk minyak masak, belum sampai 8 Ogos ramai sudah turunkan harga lebih rendah daripada RM34.70.
"Semalam saya di Melaka, ayam dijual pada harga RM7.99 sekilogram biarpun harga siling RM9.40. Maknanya kita boleh buat (turunkan harga) tapi perlukan kerjasama semua pihak," katanya.
Kerajaan sebelum ini memutuskan bahawa harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi dalam botol lima kilogram ditetapkan pada RM34.70 yang berkuat kuasa esok dan harga minyak masak akan ditetapkan setiap bulan menerusi pengumuman oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Mengenai MAHA2022, Annuar berkata tumpuan beliau adalah terhadap aspek teknologi dan aplikasi digital dalam bidang pertanian yang memainkan peranan penting sebagai langkah menjamin sekuriti makanan bagi tempoh jangka panjang.
Katanya kerajaan akan terus menggalakkan petani agar mengaplikasi elemen teknologi dalam bidang pertanian memandangkan digitalisasi semakin dijadikan keutamaan dalam semua aspek.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 07 2022
Menyorok atau mencatut minyak masak pada akhirnya akan merugikan peniaga dan peruncit selain mendatangkan masalah kepada pengguna. - Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Polis Johor rampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880
Polis Johor menahan dua lelaki dan merampas 27,200 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM78,880 dalam pemeriksaan di kawasan Seelong, Senai.
KPDN Kelantan akui minyak masak paling banyak diseludup ke Thailand
Wujud permintaan tinggi daripada penduduk Thailand memandangkan ia dijual pada harga yang jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
PGA tumpaskan kegiatan seludup gula, minyak masak ke Thailand
Sebanyak 13,000 kilogram (kg) gula untuk diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kulim Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Peniaga sorok minyak peket, enggan jual kepada pengguna
Puluhan kotak minyak masak peket disorokkan dalam stor penyimpanan sebuah kedai di Jalan Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri.
Jual minyak masak lebih 20 sen, peniaga didenda RM10,000
Seorang peniaga barangan runcit didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Teluk Intan semalam atas pertuduhan menjual minyak masak melebihi harga kawalan.
Polis Marin rekod lebih 1,000 kes seludup barang kawalan di seluruh negara
Pasukan Polis Marin (PPM) merekodkan 1,336 kes penyeludupan barang kawalan bagi tempoh 2022 hingga September lepas di seluruh negara.
KPDN Kelantan tahan lelaki cuba seludup keluar minyak masak, gula
Pemeriksaan terhadap sebuah kereta menemukan barangan bersubsidi berkenaan yang disyaki mahu diseludup ke Thailand.
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak dalam talian masih berlaku - KPDN
Aktiviti penipuan penjualan minyak masak paket secara dalam talian didapati masih lagi berlaku berdasarkan pemantauan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).