Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) meminta kerajaan mengkaji semula fungsi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebagai agensi pelaksana penyaluran diesel bersubsidi kepada nelayan, dan menyarankan jabatan lain seperti Jabatan Pertanian mengambil alih peranan itu.
Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata langkah itu adalah antara saranannya supaya kerajaan merombak secara menyeluruh sistem pengagihan diesel bersubsidi kepada nelayan bagi mengelak ketirisan besar dana kerajaan.
"Sistem pengagihan diesel bersubsidi perlu dikaji semula secara menyeluruh sama untuk memastikan ia menepati matlamat untuk meringankan beban kepada rakyat dan kos pengurusannya adalah berpatutan.
"Jika kerajaan mendapati skim subsidi perlu diteruskan kepada sektor-sektor tertentu, sistem pengagihan diesel bersubsidi ini perlu dirombak secara menyeluruh," katanya dalam kenyataan mengenai Laporan PAC Berhubung Isu Penyelewengan dan Penyeludupan Diesel Bersubsidi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya langkah-langkah penambahbaikan sistem itu, yang dilaksanakan secara berperingkat sebelum ini, telah gagal mengawal dan mengelak ketirisan serta pembaziran dana kerajaan.
Justeru itu, PAC meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan agensinya seperti LKIM supaya mengenal pasti individu yang terbabit dalam penyelewengan bahan api bersubsidi itu dan mengambil tindakan terhadap mereka.
PAC turut menyarankan satu mekanisma penandaan terhadap diesel bersubsidi dilaksanakan bagi mengatasi masalah penyelewengan selain mengkaji sistem agihan dan digantikan dengan satu sistem pemberian kepada golongan sasar yang benar-benar layak.
"Kementerian hendaklah memperkemaskan prosedur bagi memproses dan meluluskan pemberian diesel super subsidi kepada individu atau syarikat yang layak dan bagi syarikat yang terbukti beberapa kali melanggar syarat, mereka ini perlu disenaraihitamkan daripada mendapat sebarang kuota," katanya.
PAC hari ini membentangkan di Dewan Rakyat Laporan PAC Isu Penyelewengan dan Penyeludupan Diesel Bersubsidi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Jawatankuasa itu memulakan prosiding terhadap isu itu pada 19 Jun 2014 bagi melindungi kepentingan awam selepas ia mendapat liputan meluas daripada media massa dengan pelbagai reaksi daripada masyarakat umum.
Dalam prosiding berkenaan, antara isu yang diteliti adalah tindakan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan bagi menangani isu penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi selain mengenal pasti sama ada wujud kelemahan daripada program yang dilaksanakan.
Hasan berkata menerusi prosiding itu, PAC dimaklumkan KPDNKK bahawa trend jualan diesel bersubsidi meningkat 184 peratus dari 3.03 bilion liter pada 2009 kepada 8.61 bilion liter pada 2013.
"Peningkatan ini tidak selari dengan jumlah permintaan pengguna industri perikanan dan tiada penjelasan yang diberikan oleh pihak KPDNKK. PAC memandang serius perkara ini kerana ia boleh menjurus kepada ketirisan berbilion ringgit wang kerajaan," katanya. - Bernama
Bernama
Tue Nov 08 2016
Hasan berkata menerusi prosiding itu, PAC dimaklumkan KPDNKK bahawa trend jualan diesel bersubsidi meningkat 184 peratus dari 3.03 bilion liter pada 2009 kepada 8.61 bilion liter pada 2013. - Gambar fail
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Bantuan BUDI MADANI beri penjimatan, kurangi beban rakyat
Sejumlah 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan akan terus menikmati diesel bersubsidi.
Tapak pembinaan simpan diesel tanpa permit diserbu
Serbuan menerusi Ops Tiris 3.0 pada 11 pagi itu dilaksanakan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Besut selepas risikan selama dua minggu.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Azman berkata seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kes.
14 lelaki ditahan dalam operasi khas banteras penyeludupan, rampasan bernilai lebih RM35 juta
Tiga daripada serbuan itu dijalankan serentak pada Isnin lepas (20 Mei) manakala satu lagi serbuan pada Khamis (23 Mei).
Stesen minyak di Tambun disyaki bersubahat sindiket seleweng diesel subsidi
Tindakan itu dikesan susulan rampasan 7,000 liter diesel menerusi Op Tiris 3.0 di sebuah stor di Gopeng.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
Polis tumpas sindiket penyeludupan diesel bernilai RM15.2 juta, 12 lelaki ditahan
Polis manahan 12 individu termasuk dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi dengan nilai rampasan lebih RM15.2 juta.