KUALA LUMPUR: Malaysia mampu mengelak bekerja secara silo (bersendirian) dan mengakui potensi sinergi yang boleh dicapai menerusi kerjasama antara kementerian dalam dunia digital baharu, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata, apabila kerajaan melipatgandakan usaha untuk memacu ekonomi digital pada masa hadapan, silo adalah penghalang utama kepada transformasi.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, mana-mana kementerian, jabatan dan industri perlu menghapuskan budaya "tidak berbincang antara satu dengan lain."
"Dalam dunia digital baharu ini, kita perlu meruntuhkan apa sahaja halangan dan menghapuskan silo," katanya dalam ucap tama pada forum INsights@Axiata di sini hari ini.
Liew berkata Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP 2030) adalah komponen utama kerangka Ekonomi MADANI berikutan kerangka itu mendorong realisasi pembaharuan ekonomi.
Katanya empat misi telah digariskan untuk memacu transformasi berkenaan.
Beliau memberikan contoh bahawa misi pertama iaitu meningkatkan kompleksiti ekonomi, akan menggalakkan industri untuk membuat pembaharuan dan menghasilkan produk lebih canggih, sekali gus meningkatkan daya saing Malaysia di pasaran global.
Tumpuan kepada Asia Tenggara juga akan membolehkan Malaysia untuk berhubung dan bekerjasama dengan negara lain seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand yang akan meningkatkan kapasiti ekonomi negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Liew berkata, apabila kerajaan melipatgandakan usaha untuk memacu ekonomi digital pada masa hadapan, silo adalah penghalang utama kepada transformasi. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Enam lelaki bertopeng samun tiga klogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Jalan Bendahara, Ipoh.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Elak budaya silo untuk tingkatkan sinergi antara kementerian - Liew
Malaysia mampu mengelak bekerja secara silo dan mengakui potensi sinergi yang boleh dicapai menerusi kerjasama antara kementerian dalam dunia digital baharu.