Nilai ekonomi perkongsian Malaysia mencatat kira-kira RM3.4 bilion pada 2016 dan dijangka meningkat lima kali ganda kepada RM17 bilion pada 2020.
Berdasarkan perkembangan pesat ekonomi digital dan asas yang kukuh itu, Malaysia berhasrat untuk menjadi peneraju rantau ini dalam ekonomi perkongsian.
Menurut Laporan Ekonomi 2017/18 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, pertumbuhan signifikan dalam jaringan jalur lebar, kesediaan penduduk melibatkan diri, pelaksanaan pelbagai inisiatif kerajaan dan pelarasan peraturan untuk memenuhi keperluan persekitaran perniagaan yang berubah dapat menyokong aspirasi ini.
Di Malaysia, terdapat lebih 18 juta akaun berdaftar di laman rangkaian sosial utama, antara tertinggi di rantau ini, yang mencerminkan kesediaan penduduk untuk menyertai ekonomi perkongsian dan menandakan potensi pertumbuhan yang tinggi dalam sektor ini.
Ekonomi perkongsian merupakan satu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset yang menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan.
Model perniagaan baharu itu mempunyai potensi tanpa had dalam mewujudkan usaha niaga dan penyelesaian inovatif serta mentransformasi firma tradisional bagi meningkatkan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sosioekonomi.
Ekonomi perkongsian juga berpotensi untuk menangani cabaran pembangunan seperti perancangan Bandar, kehidupan mampan dan pengangkutan lancar melalui penggunaan sumber yang cekap dan peningkatan produktiviti.
Aktiviti ekonomi perkongsian termasuklah penggunaan aset tahan lama, pengedaran semula barangan melalui pasaran sekunder, pertukaran perkhidmatan dan perkongsian aset produktif.
Laporan itu menyatakan bahawa ekonomi perkongsian membolehkan keusahawanan dan bekerja sendiri menjadi lebih mudah dengan adanya 400,000 pekerjaan secara 'freelance' di Malaysia pada tahun lepas dan jumlah ini dijangka meningkat kepada 650,000 menjelang 2020.
Selain itu, peluang pekerjaan yang lebih banyak melalui perkongsian digital dapat membantu menangani masalah pengangguran belia.
Pada 2016, pengangguran belia mencatat 10.5 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar pengangguran nasional 3.4 peratus, dan ekonomi perkongsian dijangka mewujudkan kira-kira 300,000 pekerjaan baharu untuk belia menjelang 2020.
Ekonomi perkongsian juga memainkan peranan signifikan dalam memastikan penyertaan lebih ramai rakyat terutama kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan pendapatan purata bulanan RM3,855 dan ke bawah (B40).
Penyertaan golongan B40 dalam perkhidmatan seperti perkongsian kenderaan atau penginapan (Uber dan Airbnb) membolehkan golongan ini memanfaatkan teknologi terkini untuk menjana pendapatan tambahan.
Penyertaan golongan B40 dalam perkhidmatan seperti perkongsian kenderaan atau penginapan (Uber dan Airbnb) membolehkan golongan ini memanfaatkan teknologi terkini untuk menjana pendapatan tambahan serta menambah baik kualiti kehidupan dan meningkatkan mobiliti sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
Ekonomi perkongsian membolehkan keusahawanan dan bekerja sendiri menjadi lebih mudah
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Bilik hotel kurang, benar AirBNB operasi: MBI sedia bincang dengan MyBHA
Pertemuan itu juga penting dalam memberi pencerahan berhubung isu kekurangan bilik hotel bagi menampung pengunjung ke Ipoh.
Airbnb keluarkan akaun pengendali inap desa didakwa sembunyi kamera dalam soket dinding
Airbnb berkata, pihaknya melarang perbuatan sedemikian serta kecewa apabila mendengar insiden seperti itu berlaku.
MOTAC jalankan penyelidikan perkukuh garis panduan industri pelancongan
MOTAC memaklumkan, tindakan itu bertujuan membangunkan industri pelancongan yang mampan memandangkan ia merupakan salah satu kuasa utama dalam ekonomi negara.
Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.
Bagaimana untuk 'eat well and spend less' ketika cuti inap - Edisi snek
Inap desa tidak menyediakan sajian makan pagi, sebaliknya anda sendiri perlu masak kerana terdapat fasiliti seperti dapur disediakan.
Airbnb sediakan tempat tinggal percuma buat 20,000 pelarian Afghanistan
Menurut CEO Airbnb Brian Chesky, inisiatif tersebut akan dibiayai oleh syarikat perkhidmatan penyewaan itu.
Rumah agam Shah Rukh Khan dijadikan rumah penginapan
Rumah agam milik aktor ternama Bollywood, Shah Rukh Khan dan pasangannya Gauri di New Delhi, India bakal dijadikan rumah penginapan.
Kerajaan akan seragam segera peraturan, cukai hotel dan Airbnb
Katanya, tidak dinafikan, pemain industri hotel menanggung beban kesan pandemik COVID-19 lebih tinggi berbanding Airbnb yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan.
Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA
Airbnb memuji tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa insentif khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi.