Ekonomi digital, keselamatan siber dan perlindungan kanak-kanak dalam talian ialah antara fokus kerjasama ICT pada 2018 antara ASEAN dan rakan dialognya China, Jepun, Korea dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.
Beliau berkata kerjasama itu sejajar dengan Pelan Induk ICT ASEAN 2020, yang kini dalam tahun kedua pelaksanaannya.
"Malaysia menyokong penuh semua bidang yang digariskan dalam pelan kerja 2018 yang dicadangkan oleh China, Jepun, Korea dan ITU.
"Rakan dialog kita dan ITU sangat peka kepada keperluan kita serta bidang-bidang kerjasama ini sangat berguna kepada kita sebagai satu rantau, dan kepada Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jailani menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Telekomunikasi dan IT ASEAN (TELMIN) ke-17 yang diadakan di Siem Reap, Kemboja hari ini.
Mesyuarat dihadiri oleh menteri-menteri komunikasi dan ICT dari kesemua sepuluh negara anggota ASEAN dan China, Jepun dan Korea serta Setiausaha Agung ITU. Mesyuarat diadakan dari 30 Nov hingga1 Dis di Siem Reap, Kemboja.
Mengenai TELMIN ASEAN tahun ini, Jailani berkata pusat keselamatan siber ASEAN, yang dicadangkan oleh Jepun tahun lepas telah ditubuhkan di Thailand untuk menyediakan latihan kepada profesional keselamatan siber dan membangunkan sumber manusia keselamatan siber di rantau ini.
"Jepun akan menyokong inisiatif ini untuk sekurang-kurangnya empat tahun melalui sumber kewangan dan penyediaan pakar untuk menjalankan latihan. Pusat itu dijangka beroperasi pada 2018," kata beliau.
Mengenai Korea, beliau berkata fokus tahun depan ialah kepada teknologi baharu seperti 5G, Internet of Things, kecerdasan buatan dan realiti maya.
"Semua ini adalah sebahagian daripada ekonomi digital. Kita perlu meningkatkan usaha sebagai rantau untuk membangunkan kapasiti dalam menangani perkara ini kerana jika tidak, kita akan ketinggalan," kata beliau.
Sementara itu, Jailani berkata kerjasama ICT ASEAN dengan ITU ialah mengenai perlindungan kanak-kanak dalam talian.
"Malaysia telah bekerjasama rapat dengan ITU mengenai Perlindungan Kanak-kanak Dalam Talian selama bertahun-tahun. Oleh itu, Malaysia amat gembira kerana ia kini dilaksanakan di peringkat serantau," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 02 2017
Ekonomi digital, keselamatan siber dan perlindungan kanak-kanak dalam talian ialah antara fokus kerjasama ICT pada 2018 antara ASEAN dan rakan dialognya serta Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.
Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi disifatkan sebagai jambatan penghubung ASEAN - Mohamad
Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan China.
Ringgit ditutup sedikit rendah menjelang menyuarat dua hari FED bermula esok
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.
Thaksin Shinawatra dilantik penasihat peribadi kepada Pengerusi ASEAN – PM Anwar
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilantik sebagai penasihat peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengetuai ASEAN sebagai pengerusi baharu tahun depan.